carian @ nandotcom

Loading...

Saturday, December 20, 2008

Pau Yik Mun Tanjung Malim







Baru - baru nie aku g ipoh sbb nak anto my gal g medan gopeng...Dalam perjalanan kat satu simpang kat Tanjung Malim tuh tiba2 aku rasa nak makan pau yg femes nie...Dan2 aku kejut my gal dr tdo(sbb aku x tau kat mana kedai tuh haha...;p)...haha...Rupa2nya kedai nie betul2 kat simpang 4 trafic light yang aku berenti tuh...mula la aku buat skill maut dari lane tgh ke tepi sbb nak masuk simpang kanan tuh haha...;p

Hmm...sedap pau die...aku order pau kaya, kacang ngan ayam...3 ketul...(tambahan 2 ketul lagi..tapau makan dlm keta haha...;p)...Air die sedap jugak...aku order 'SoChau' haha..soya cincau da...& my gal order nescafe...bila masa die nie suka nescafe ntah haha...jgn mara nooo...haha...:)

Kedai nie mmgla nama die Cina tapi pekerja die semua islam...pastu pau die nie jugak dapat pengiktirafan sijil Halal dari jabatan agama islam perak...no pendaftaran aku da lupa...haha....;p

Rupanya femes gle kedai nie ngan pau die...banyak kali kuar paper cuma aku je yg x tau haha...;p

Pasni sapa yang lalu area tanjung malim buat2la singgah makan...sedap sgt...:)

Thursday, December 4, 2008

Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh (SKBD)


My primary school..standart 1 to 6 (UPSR 1995) hehe...
hmm...a lots of memory...start to love hockey here...Maths n so on...
dislike kemahiran hidup...i hate him...!!! who..?? lu pikirlah sendre haha...:p
Got 4A's...:) thanks to all of the teachers...:)

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)


Lagu KMM

Berilmu, Berkemahiran, Berteknologi,
Gigih Tempuh Cabaran,Capai Satu Wawasan.
Disiplin, Berakhlak Mulia, Berketerampilan,
Berfikiran Kreatif,Kritis Dan Inovatif.

Kolej Matrikulasi Melaka,
Megah Unggul, Berbudaya,
Saling Hormati, Sopan, Berbudi Bahasa.

Kolej Matrikulasi Melaka,
Berkarisma, Maju, Mulia,
Ilmu Membentuk Generasi Cemerlang

MRSM Taiping (MARESMART)



Lagu MRSM TAIPING

Ini bumi yang ku pijak
Ini langit yang ku junjung
Taiping bertuah, bersejarah
Subur, indah dan menghijau

Di sinilah gedung ilmu
Generasi berwawasan
Harapan masyarakat, dan ummah
Bakal pemimpin nusa bangsa

c/o:

Wawasan MRSM Taiping
Suci, ideal dan realistik
Menuntut kemuafakatan sejati
Cita rasa inovatif dan kreatif

Lima jari digenggam dijulang
Lima cabaran seiring harapan
Bersama doa restu semua
kecemerlangan pasti abadi.



Lagu MRSM

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Wednesday, December 3, 2008

22nd Scientific Conference of Nutrition Society of Malaysia 2007


22nd Scientific Conference
Date: 29 - 30 March 2007
Crown Plaza Hotel

wowwww...!!! my name got 1st ---> listing in google search engine haha...:p Of course...Khairul Hasnan Bin Amali...The kacakful n good everlasting handsome looking guy at the moment haha...:) (dont angry & phbbt >:P...haha...)

Actually i'm very proud today because when i press the keyboard type my name at the whitish google search engine and hit enter...after 2 sec...My eyeball got so sympathetic... wow...on the top listing haha...Then i found that it is BERITA NSM Issue 2007, a bulletin @ magz published by Nutrition Society of Malaysia...Here the link to click if u want to read it (dont be shy to admit that u want to usha me....haha...its ok...u are not the 1st homo sapiens to do that haha..:p) ---> Berita NSM 2007

Here...I got Best Student Prize Year 1 Awarded by NSM (got 500 bucks by NSM's CIMB cheque haha...) Tq NSM & Unilever foods..:)

cant wait 24th SC of NSM...want to present my poster and perhaps one of Young Investigator's Symposium participant haha...:)

Hope i'm doing well work on my thesis...:)
'Penilaian Keberkesanan 'Theory of Planned Behavior' Untuk Meramalkan Tabiat Makan Sihat DiKalangan Pelajar Sekolah Rendah Yang Lebih Berat Badan dan Obes di sekitar Kuala Lumpur'---> in progress haha...;)



Shirt: F.O.S's Collection (OU)
Necktie: Moncot's Collection
Pant: Nan's Collection
Personal Image Consultant: Farhana (From: Farhana Image Consulting Agency)---> got a free voucher of consultation service by a professional worth 10K and its worth it hehe...:) )

Monday, December 1, 2008

Kisah 5 Sekawan



Namavant semat pasak ingatan
Sanabhya mereka tiada yang larang
Jambangan indah bunga kuntuman
Ikatan bertaut bukan sebarang

Asana gagah langkah dibuka
Bersemangat waja keras kalbunya
Simpatetik berkuasa merah muka
Itulah die Khairani namanya.

Netball jadi identiti peribadi
Tawa teriak lipatan kaki diingati
Diam-diam tapi berisi
Itulah Ija gelaran diberi

Orangnya bilis luas dimensi
Ke sana ke mari pelbagai identiti
Pantang ada tugasan diberi
Pasti Ana jadikannya realiti

Asyik asyik merah jambu
Ada apa ngan merah jambu
Apa nak buat da minat merah jambu
Ekin...napa minat sangat kat merah jambu...:p

(yang sorg la tuh sila bace entry yg khusus eh hehe...ok darl..?? hehe...;p)

Puisi Qaseh Buat Kekasih (Farhana) - Part 4

Sedang Ingin Bercinta

Setiap ada kamu mengapa jantungku
Berdetak lebih kencang
seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darahku
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala
Setiap ada kamu otakku berfikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

*Chorus
Aku sedang ingin bercinta karena
Mungkin ada kamu di sini aku ingin (2x)

Setiap ada kamu mengapa jantung ini
Berdetak lebih kencang
Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darah ini
Mengalir lebih kencang dari hujung kaki ke hujung kepala

Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak
Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala

*Repeat chorus
(banyak sgt memori kat lagu nie hehe...lurve dis song..0_o )
am i rite darl..?? hehe...
(kalu x bleh, sign in kat homepage jiwang hehe..;p)

Puisi Qaseh Buat Kekasih (Farhana) - Part 3



Alamak...ianya perlu
BTN kat Terengganu
Mahu tak mahu
Ianya pasti berlaku

Slot pertama bukannya indah
Satu kompeni ambil mudah
rata - rata lari mencelah
kerna takutkan denda yang padah

Tapi aku berdiri teguh
Aku ke sini kerna patuh
Sudah lelah acap mencemuh
Hingga ke akhir jua ku tempuh

Aku di sini bukan kerna apa
Hanya penuhkan ruang lingkup jiwa
Yang lemah sebelumnya
Tapi segar kembali jasadnya

Hadir ku di sini banyak beloknya
Kerna nila setitik rosak susu sebelanga
Kerna marahkan nyamuk habis sekelambu dibakarnya
Semua kecewa bagai nak gila

Hadir ku di sini banyak berbincang
Aku bosan lagi bengang
Jalan penyelesaian tampak terang
Tapi ada yang menghalang

Aku hadir di sini bukan kerna nama
Tapi hanya menagih suasana
Aku sanggup buang nama
Ada yang halang aku terima

Aku hadir di sini pasang cita - cita
Tak ku sangka aku berharga rupanya
Bukan menagih lagi meminta
Tetapi bunga hatiku mekar dari kuncupnya

Aku hadir di sini bukannya ahli sukan
Demi maruah aku gagahkan
Lelah berlari tak ku hiraukan
Lantas mencari puteri kayangan

Aku hadir di sini ceriakan citra
Darah mengalir merah menyala
Ku jumpa jua akhirnya
Ku usik puteri bakal didenda

Aku hadir di sini kerna taulan
Berpaut bahu tanda ikatan
Ku renung jauh dari jangkauan
Ku lihat si puteri sedang berlinangan

Aku hadir di sini sebagai pemerhati
Setiap sudut aku jejaki
Adakalanya tidak aku temui
Manakan tidak lainnya ciri

Hadir ku di sini diberi makanan
Kalimah dibaca pemula amalan
Ku lihat kiri lirik ku arahkan
Melihat sang puteri jamah makanan

Hadir ku di sini mencuci pinggan
Waktunya tiba selesai makan
Qiamnya sama tampak kebetulan
Padahal ianya satu rancangan

Hadir ku di sini sifar wacana
Kembali aku lengkaplah cara
Memori indah payah nak lupa
Hendak dibawa hingga ke tua

Hadir ku di sini satu rombongan
Rombongan pulang bawa ingatan
Rapat kukuh ikatan persaudaraan
Moga kekal berpanjangan

(011208)

Puisi Qaseh Buat Kekasih (Farhana) - Part 2



Mega mendung belum pasti hujannya
Tirana memancar belum nyata keringnya
Lantas ku bangun dari cendera
Alhamdulillah, ada waktu untuk berkelana

Bisik kalbu siapalah hamba
Pinta hamba secebis rasa
Rasa yang datang bukan dipinta
Datangnya ia pasti diterima

Sela saat berdetik laju
Ku lirik dikau seraya kaku
Wahai mustika maghrur selalu
Izinkan daku dampingi fuadmu

Tekad dan azam aku sematkan
Ku palis kiri ku palis kanan
Aku lanang sorang yang kenan
Titik awalan perlu ku temukan

Siang malam silih berganti
Duduk dengar fikir sendiri
Lalu qiam cuba mencari
Ruang - ruang yang diingini

Entah kenapa jenaka aku pilihkan
Usik mengusik jadi taruhan
Hanya kerna sekelumit perhatian
Namun ku sedar hanya sandaran

Port Dickson arah dituju
Seingat hayat tak pernah ku temu
Deru ombak seiring bayu
Seri Malaysia tempat beradu

Gumbira hati tak terkata
Lingkungan air ku basahkan semua
Halai balai dibuatnya
Manakan tidak lanang semua

Leka bersiram terpandang dara
Dara yang ku puja di hati sahaja
Tiba - tiba datang pula sang dahaga
Mohon dara pembasah rongga

Aku arjuna yang sebahawa
Mujur teman lendip caranya
Banding daku tiada apa
Dapatlah juga halwa merasa

Terang bulan ganti mentari
Meja bulat santapan diberi
Dato' Wahid juga Pak Kas iramanya selari
Tidak pula aku di sini

Puas sudah dendangan lagu
Tiba masa majlis pun lalu
Mata tajam milik diriku
Mencari mustika yang satu

Hasrat di hati hendak bercerita
Tidak ku sangka, tidak dicita
Masyghul rasa tidak terkata
Kenapa teman dikau mengia

Pasti sudah ku layu di pusara
ku simbah air ku tabur baja
Namun tetap ku lemah binasa
Kenapa aku kau sisih jua

Teluk Kemang teluk kenangan
Ku cari jua sisa ruangan
Nak ku guna untuk penghabisan
Apakan daya tewas juga di perbatasan

Pulang sudah ke kamar yang indah
Barang yang lepas anggaplah sudah
+60122668357 angka yang mudah
Aku kecewa lantas ku marah

Ku pendam jua rahsia kata hati
Bukan mudah berpeluang begini
Ke Gombak sumpah aku tak ingini
Tapi itulah cara menceriakan hati

Ku tahu engkau tidak begitu
Sepertimana aku berteman kalbu
Mohon tuhan buka pintu hatimu
Menerima aku jika perlu

Madah pujangga iklas dariku
Lintasan minda cermin yang jitu
Antara impian dan cerita citaku
Moga bertemu dilain waktu

(301108)
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL