carian @ nandotcom

Thursday, April 30, 2009

Peringatan Buat Mr.N

27/4 --> Hantar Soft Cover Tesis
28/4 -->Exam Sport Nutrition @ 8.30 DSG
11-14/5 --> Viva
29/5 --> Hantar Hard Cover Tesis


(p/s: ini adalah 'mod berpelekat' aku..sila skrol ke bawah)

Wednesday, April 29, 2009

Addicted to Gardenia Delicia Butterscotch


Last jumaat aku ngidam nak makan butterscotch setelah dipromot oleh ejen sinar ford escape hehe...pasai apa dioerg promot klik link nie haha...roti nie sgt la susah nak cari kat kedai...aduhhh...gardenia..plz improve ur marketing strategy tau...nak jadikan cite...aku g cari kat carrefour wangsa maju (gagal...), then g cari kat NZ curry house (gagal...), pastu carik kat kedai ala2 7E kat belakang carrefour (gagal..), pastu aku g cari kat esso taman seri rampai (gagal lagi...), pastu g petronas jalan tun razak (gagal...)...arghhhhhh..nk makan roti pon susah ke...benci betolll.....


keesokkan harinya aku gigihkan ati aku g carrefour wangsa maju...roti laen da topap..tp butterscotch xde gak...hampeh betol huhu..pastu aku g petronas jalan tun razak nk beli air 100plus...sekali aku ternampak BUTTERSCOTCH...terus aku kidnap roti tuh haha...;)


yeaa hati girang...:)


guys..aku cadangkan korang suma rasa roti nie...tersangatlah sedap..(bg aku la haha..:))...sehari je aku abeskan roti sebungkus haha...


(napa aku cite pasai roti nie..?? ayooo makan makan makan....mana x gemok..!!! huhu...)

Friday, April 24, 2009

Tesis oh Tesis (theory of planned behavior)



Tarikh Hantar: 27 April 2009
Medium penghantaran : By Hand
Bentuk Penghantaran : Soft Cover
Status: on going (x siap lg)


MOOD SEMASA:
TEKANAN...!!!!!!!

Thursday, April 23, 2009

PDRM coollll...O_o

Arini aku teruja nak upload pic 'gadjet' baru PDRM hehe..:)
1stly ngan 'Kuda Putih' polis trafik yang cool...berdesup pgnya haha...

x lama pastu aku tertarik lalu mengelik kat satu article kat homepage motor trader...katanye...PDRM akan dapat Mitsubihi Lancer Evolution X...WOWWWWW...wish to get 1 satu-satu hari nant tp bukanla keta polis mcm kat bawah nie..haha..:) i'll work on it...haha...silver or gold..??


Then...tadi aku g fac dalam pkl 6 petang nak fetch...haha...gelak aku sorg2...apsal...?? tgk pic yg aku amek nie...polis pakai skuter....haha...ELEGANCE from Modenas aku rasa...haha..:) cooolllll.....moto nie bawak rempit g kije pon sodap...tempat simpan barang die tersangat la luas seluas saujana mata memandang kat bawah pelvis n perineum siperempit..(tipukkk...!!!!) haha....


maap abg polis..tertangkap gambo mu haha...:)






Wednesday, April 22, 2009

HimpuNAN Doa (exam)

DOA PENERANG HATI

Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hatiku dengan hidayatMu sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui, bukakanlah pintu hatiku pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu kurniakanku sinaran kefahaman bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.


DOA MUDAH FAHAM & MUDAH HAFAL

Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.


DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR

Ya ALLAH, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.


DOA APABILA TERLUPA

Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.


DOA KETIKA HENDAK MEMASUKI EXAM @ TEMUDUGA

Ya ALLAH, persiapkanlah kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk Mu.






Good Luck kepada diri sendiri, alamfanacinta, kengkawan dan semua yang nak exam...semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..insyaALLAH...:)
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL