carian @ nandotcom

Loading...

Wednesday, April 22, 2009

HimpuNAN Doa (exam)

DOA PENERANG HATI

Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hatiku dengan hidayatMu sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui, bukakanlah pintu hatiku pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu kurniakanku sinaran kefahaman bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.


DOA MUDAH FAHAM & MUDAH HAFAL

Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.


DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR

Ya ALLAH, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.


DOA APABILA TERLUPA

Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.


DOA KETIKA HENDAK MEMASUKI EXAM @ TEMUDUGA

Ya ALLAH, persiapkanlah kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk Mu.






Good Luck kepada diri sendiri, alamfanacinta, kengkawan dan semua yang nak exam...semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..insyaALLAH...:)

2 comments:

fana said...

Thanx u...:)
Jom2 bace doa2 ni byk2...
Moga2 ALLAH bantu kita smua yg amik exam....:)

^nan@online^ said...

insyaALLAH...:)

 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL