carian @ nandotcom

Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Berbuka Puasa

yeahhhh...selesai sudah ibadat puasa bagi hari yang pertama bagi tahun pertama di sabah hehe...=)

Aku pening sepanjang hari...!!!!! dugaan betollll huhu.....dahla keningau panas semalam. hari-hari sebelumni biasanya sejuk ja....huhu

Sungguh berbeza tahun nie sbb bukak pose jauh dari org2 tersayang...single mingle aku disini huwaaaaaaaa............=( nasib ada hosmet sorg kalu x ibarat makan nasi ayam rasa makan nasi putih je hehe....over gile haha....=)

Apeapepon smlm bukak pose best sbb BUKA PUASA AWAL SEJAM DARI SEMENANJUNG haha...=) sempat la aku menjelezkan org2 di sana haha...=) bukak pose simple je kali nie n sepertibiasa juadah maen tunjuk je di Bazar Ramadhan di Luagan....Dgr kata kebanyakkan peniaga sini cikgu2 semenanjung so terubatlah la sket makanan bonda n ayahanda hehe..=)

Selesai sahaja bukak pose dalam pukul 7.50 aku pon gerak g masjid untuk berterawikh....hmmm....aku x paham kenapa masjid kat sini malap je lampunya....kipas pon pakai kipas stand yg sedikit n kebanyakkan makmum kepanasan mcm aku hehe...mungkin perlunya penambahbaikan untuk masjid tersebut.

pastu balik je terus on YM g cakap2 ngan mak n abah n syamel via YM hehe...jimat beb...=) haha....then tidoooo hehe...=)

=============================================================

mesej penting dari aku:

TOLONG...................!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku inginkan juadah berbuka puasa yg biasa aku makan di rumah:
AKU NK GULAI TEMPOYAK IKAN PARI ngan ikan masin gorengggg.............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =(
huhu....

Tuesday, August 3, 2010

Penyusuan Ibu: Hanya 10 Langkah Menurut Cara Mesra Bayi @ Tambunan, Sabah


Penyusuan Ibu: Hanya 10 Langkah Menurut Cara Mesra Bayi
Tema breastfeeding week untuk tahun ini dimana ianya disambut sedunia selama seminggu dari 1 hingga 7 Ogos setiap tahun.

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya aku ke Daerah Tambunan atau lebih spesifiknya lagi aku ke Dewan SerbaGuna Kg Sensuron, Tambunan untuk menyampaikan ceramah berkenaan Penyusuan Susu Ibu bersempena Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah Tambunan 2010 yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Sensuron.

Majlis ini dirasmikan oleh Dr. Evelyn dari KK Sensuron untuk mewakilkan Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau yang tidak dapat hadir atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Kehadiran orang ramai adalah memuaskan dan wujudnya komunikasi 2 hala antara aku ngan mereka muhaha.

Diharapkan agar pihak AKSI Daerah tambunan akan lebih proaktif dalam mempromosikan breastfeeding dikalangan ibu-ibu dan pemantapan dan pengukuhan anggota kesihatan dalam semua aspek breastfeeding hendaklah sentiasa dilakukan supaya setiap pertanyaan dan permasalahan ibu-ibu dapat ditangani dengan baik sekali.

Semoga usaha murni ini mendapat keredhaanNYA dan mencapai objektifnya.

daaa..~


Dr Evelyn sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis ini

Kehadiran orang ramai sebelum majlis berlangsung

Poster berkenaan Penyusuan Susu Ibu yang disediakan oleh Unit Promosi, PKK Keningau
Dr. Evelyn dan Matron Rosnah sedang melawat tapak pameran
Orang ramai juga tidak ketinggalan untuk melawat tapak pameran ini
Seorang sister sedang menjawab soalan dari para pengunjung


Aku merasa pelik apbl membaca entry ini kerana ianya adalah sangat skema hahahahahah...=) dannnn napa xde gambo akuuuuu huhu....=(
hehe...=)

 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL