carian @ nandotcom

Friday, May 20, 2011

Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Daerah Kecil SOoK di Kg. Sinulihan Baru

Salam,

Lama sudah tidak update pergerakan perjalanan anak rantau ini hehe.

Yup, 18 Mei 2011 yang lalu telah diadakan sambutan bulan pemakanan yang dijayakan oleh Klinik di bawah operasi KK Sook dengan KK Tulid menjadi tuan rumah tahun ini.

Saya hadir sebagai penceramah bagi program ini.

Perjalanan ke kg Sinulihan Baru ini mengambil masa kurang 2 jam dari Keningau yang mana Sejam dari keningau dengan jalan tar dan dari Sook ke Tulid dengan jalan gravel hehe. Ini merupakan kali ke2 saya menempuh perjalanan dengan jalan gravel (yg pertama semasa hendak pergi ke Dalit).

Dengan menaiki Vigo a.k.a Hilux klinik bergerak, dengan macho gagah perkasa menempuh jalan gravel yang teruk akibat hujan lebat dan jalan licin. Semasa perjalanan pulang terdapat 2 lori 'terkubur' tersangkut kerana jalan terlalu lembut.

Satu pengalaman yang menarik menjadi titipan diari hidup di Keningau hehe.

*karam singh walia pernah datang ke kampung ini satu masa dulu hehe...=)*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 2, 2011

MALAPETAKA BUMI; LUMRAH ALAM ATAU DOSA SEMALAM

Seram sejuk je kan dengan tajuk forum penghayatan Islam bersempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan pada 29 April 2011 di Dewan Rafflesia, Kolej Kejururawatan Sandakan

Panel forum terdiri daripada dua orang guru yang berlainan opsyen iaitu Geografi oleh Cikgu Malim dan Agama Islam Ustaz Bunyamin (mcm dia ajar geog jugak...tapi yang pasti die ketua surau sekolah hehe...=D) bersama seorang moderator yang pandai memainkan peranannya.

Berikut beberapa intipati forum yang dapat aku catitkan dalam buku kecil untuk dikongsikan bersama.Jika ada fakta yang salah mohon perbetulkan.Mungkin ralat semasa mencatit hehe....:
  • Semua apa yang berlaku adalah lumrah alam @ semulajadi cuma apabila menglibatkan kehilangan nyawa dan harta ianya dipanggil bencana.
  • Tsunami terjadi semulajadi yang mana berlaku dilautan akibat pergerakan plat tektonik yang mana jika berlaku di daratan dipanggil gempa bumi.
  • Rekod ketinggian ombak Tusnami dicatatkan setinggi 24.7m.
  • Datangnya satu kejadian tidak semestinya bencana kerana setelah bencana datangnya rezeki seperti muntahnya lava dari gunung berapi memungkinkan kehilangan nyawa dan harta benda namus begitu akibat lava jugaklah tanah menjadi subur untuk bercucuk tanam. Indah sungguh kejadian yang direncanakan oleh maha pencipta kita iaitu ALLAH.
  • Selain itu penyebab bencana malapetaka juga dilakukan oleh manusia itu sendiri seperti penipisan ozon
  • Tabarus mengejar pembangunan yang mana sepatutnya ada hubungan atau interaksi harmoni manusia dengan persekitaran
  • Hanya ALLAH pemilik langit dan bumi.
  • Jangan ada tertanam dalam fikiran ALLAH zalim kepada manusia kerana mana mungkin ALLAH zalim kepada hambanya.Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
  • Musibah yang datang ada 3: a) Kifarah - penyucian dosa/ balasan/ ujian kepada orang yang beriman dengan bertujuan untuk kasi ingat kepada hambanya. Dengan adanya ujian menunjukkan ALLAH ingat pada kita. Tidak seperti Firaun yang tidak pernah sakit sehinggakan nyamuk pon x pernah hinggap.....b) Bala - ujian kepada orang kafir (jahat --> jahat)....c) Ibtilak - ujian keimanan.
  • Kenapa sekarang musim tidak menentu...?? alam ini terbahagi kepada 4 iaitu Litosfera, Hydrosfera, Atmosfera dan Biosfera yang mana terganggu 1 sistem akan menyebabkan juga terganggu sistem yang lain. Dari itu jangan dan usahlah membuat kemungkaran kepada sistem sepeti contoh sekarang pada bulan april di Sabah ialah panas tetapi pada waktu ini musim hujan pula. Dari itu perlulah kita berfikir dan mengambil iktibar dan pendekatan yang boleh menyelamatkan persekitaran supaya sistem tidak terganggu.
  • Ingatkan kasih sayang, diri akan disayangi
  • Tanah yang mulia ialah masjid.Jadi rumah perlu dihidupkan solat dan ajaran Islam supaya hidup dirahmati oleh ALLAH.
  • Kebaikan yang kita buat pada alam, alam akan mendoakan kesejahteraan kepada kita.
  • Kegagalan hari ini bukan gagal selamanya tetapi Kegagalan hari ini merupakan tunas-tunas kejayaan hari esok.
  • Apabila berlaku bencana alam perlulah kita a) Bersabar, b) Bangkit, c) Kawal emosi (jangan keluarkan perkataan yang tidak elok), d) Menerima apa jua dengan positif.
  • Kaum Nabi Nuh: 950 tahun bedakwah cuma 80 orang beriman (hancur umatnya)
  • Kaum Nabi Lut: Suka kaum sejenis (hancur umatnya)
  • Umat Nabi Muhammad SAW tidak berlaku sebab nabi dah minta pada ALLAH untuk menangguhkan binasanya itu --> Hari Kiamat, Hari Penghitungan
  • Kita tidak boleh ajar anak mengikut zaman kita dahulu tetapi kena ikut arus zaman tetapi perlu dipantau dan diberi sepenuh perhatian
  • Tunjukkan kasih sayang kepada isteri, anak dan keluarga. Usah malu untuk mencium isteri 40 kali sehari kerana itulah salah satu tanda kasih sayang selain mengungkapkan kata-kata cinta. Bukan sekadar di bibir.
  • Pendidikkan dari keluarga amat penting. Lekatkan keluarga di hati --> Rumah akan dipenuhi rasa bahagia dan elakkan a) Hiburan dan, b) Kawan kerana ianya boleh merosakkan institusi kebahagian keluarga.Perlu pandai pilih kawan dan hiburan berlandaskan syariat Islam.
  • Jangan lari dari masalah tetapi kena menghadapi masalah. Jika tidak masalah tidak pandai setel.
  • Anak-anak jangan ditinggalkan pendidikan agama Islam.
  • Malapetaka bukan penyeksaan tetapi berpaksikan sayang ALLAH kepada hambanya.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda yang sudi membaca....=) 
Assalammualaikum.
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL