carian @ nandotcom

Friday, July 29, 2011

Kursus Ulangkaji bagi Ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Klinik Desa Dalit

Salam semua, hari selasa yg lepas 26 Julai 2011 untuk kedua kalinya saya ke dalit. Satu tempat dikawasan pedalaman bagi daerah Keningau. Alhamdulillah tidak lagi pening-pening hehe.

Dengan menaiki fortuner kami berenam, JT Patricia, JMK Rahya, JM Nimah , Alloysius dan Jeffelin ber'roller coaster' ke sana hehe. Jalan menuju ke dalit masih gravel. Mungkin tiada lagi niat untuk buat asphalt kerana masih terdapat kegiatan membalak dan pengangkutan kelapa sawit keluar dari dalit.

Kursus ini memakan masa sehari. Bangga dengan penceramah2 yang lain kerana berjaya menyampaikan tajuk-tajuk yg diamanahkan dengan baik.

Semoga kumpulan sokongan ini dapat memantapkan lagi program promosi penyusuan susu ibu.

Tahniah JM Nenet & Norselasiah dari Klinik Desa Dalit yang berusaha menganjurkan kursus ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 22, 2011

Kopi Tenom Yit Foh

Salam semua....

Hari ini aku nak perkenalkan satu produk yg superb dari tenom. Iaitu kopi. Ya, aku bukan peminat kopi. Tp mak pak aku n mak pak to be aku pon suka kopi dari tenom berjenama Yit Foh. Haha...=)

Mak pak aku ckp kopi tenom berbeza dari kopi biasa yang mana rasanya yang asli dan tidak dicampur ngan bahan2 lain kecuali butter. Pada aku plak....sama saja wakaka...=)

Semalam aku g tenom bagi menjadi seorang penceramah dalam satu kursus di Klinik kesihatan ibu dan anak Tenom. Jadi sebelum aku pulang keningau, aku pon g kilang kopi yit foh untuk beli kopi nak bawak balik kampung time raya nanti. Hehe..=)

Uiskkkk dah nk masuk ramadan dah hehe. Maka dengan itu dah masuk kali ke-2 aku berpuasa di negeri dibawah bayu dan keningau khasnya. Hehe...=)

Moga aku diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa nanti. InsyaAllah....=)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 5, 2011

Konvensyen QA Kali Ke-3 Peringkat JKN Sabah 2011 (4-6 Julai 2011)

Morning,

Setelah 2 minggu berInduksi di Palace Hotel KK, aku berpindah tempat penginapan ke Tang Dynasty Hotel, KK untuk menjadi pemerhati bagi konvensyen.

Aku suka konvensyen ini sbb disinilah kita dapat lihat kepelbagaian masalah dalam sistem kesihatan dan bagaimana langkah-langkah untuk mengatasi diambil.

'Next konvensyen kau incharge', kata boss padaku. No problem hehe. But kena ikut style aku la hehe...Next konvensyen we will see PKK/ KKIA Keningau represent JKN Sabah to the national konvensyen..=) insyaAllah....


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL