carian @ nandotcom

Loading...

Tuesday, September 27, 2011

Sarawak ...Land Of The Hornbills...=) - Part 1 - Kampung Budaya Sarawak/ Sarawak Culture Village

Hari Malaysia aku tahun ini di sambut di bumi Rentap iaitu Sarawak..=)
Thanxs air asia kerana telah membuat promosi perjalanan aku ini.
Dengan berbekalkan tiket murah berharga RM30 pergi dan balik dapatlah merasa aku ke Sarawak bumi Kenyalang.

Syukur pada ALLAH kerana maha mengatur perjalanan hidup aku ini. Tiket AA tersebut aku beli lebih setahun yang lalu. Pada waktu itu aku nekad untuk ke sarawak seorang diri...backpacker la kunun....Tup Tap Tup Tap, ALLAH memberikan rezeki yang tidak terhingga kepada myFianc3 untuk bekerja di Sarawak...so Perjalanan aku kali ini bertemankan myFianc3 tersayang bersama Ija dan Ajlaa hehe...=)

Sesampai je aku di Kuching International Airport (KIA), terdetik sejenak....ooooooo, airport ini x asing2kan MAS & AA hehe..ye la kan...kat KKIA, Terminal 2 untuk AA punyalah jauh dari Terminal 1, padahal satu landasan aje.

So, setelah melepasi kaunter imigresen (sarawak pon kena pakai Dokumen Perjalanan Terhad ye kawan2), aku maju ke Oldtown White Coffea...Haus...dalam aircraft aku tido x henggat hehe...
Then di jemput oleh myFianc3 then dibawa aku untuk bersarapan dan buat pertama kalinya aku makan Mee Kolok dan Laksa Sarawak...Mmg sedap mcm org lain gambarkan kepada aku sebelum ini hehe...=)

Selepas bersarapan terus kami menuju ke Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Culture Village. myFianc3 yang bijak telah menempah tiket dan berjaya mendapat harga yg murah...tak ingat berapa...mcm RM10...Tetapi harga biasa bagi dewasa RM60...amek kau..mahal...kalau aku g sendiri kompem x masuk haha..=)

Terletak di kawasan Santubong. Sampai je aku dah teruja...hehe...sambil berbisik kat hati...kampung budaya sabah aku x g lagi ni, sarawak duluan haha...=)

Tempat yang menarik untuk dilawati, boleh kenal banyak kaum di sarawak.
Jom layan gambar yg sempat disnap di sana...


Pintu Gerbang Kampung Budaya Sarawak

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukkan kebudayaan. Memang menarik dengan tarian-tarian yang dipersembahkan. Siap makan api lilin, terbang kat udara dengan sangkut kayu kat perut, angkat kayu yang berat guna gigi, menyumpit dan banyak lagi. Penari-penari lelaki memang nakal. Adake dihalanya sumpit kat Ija...aku pon cuakkk haha..=)

Di kawasan perkarangan bawah tempat pementasan ada tempat boleh main sumpit hehe...aku lawan ija..malang sekali aku kalah ngan ija...dapat 60 mata je. Ija siap dapat satu Bull's eye...Tgkla gambar tuh..sikit punya hepi die hik3=p myFianc3 standed...xnaknya dia nak main benda2 mcm nie..dia tangkap gambar je hehe....=)

Biasanya tgk kat majalah tiga tapi kali ini aku berpeluang merasa sendiri naik titi @ jambatan buluh hehe..=) Jambatan ini terus menuju ke Rumah Bidayuh

Rumah Bidayuh.

Rumah Iban

Rumah Penan. Kat sini ada jual gambir sarawak. Kiranya pertama kali la aku tgk rupanya. Bantuk kayu so kompius aku cara penggunaanya. Opssss...Full stop. X yah nak fikir..!!!! haha...Ikut kemampuan diri pasti diri lebih bahagia hahahhahaaha...=) (maaf...ada unsur2 lucah di sini)

Rumah Orang Ulu. Tinggi umah ni. Lenguh jugakla nak memanjat tangga kayu die tuh hehe...aku suka kat wallpaper tuh. Sangat chantek hehe...=). Dalam rumah ini ada orang jual kuih jarau. Fresh la sbb nampak die tgh menggorang. myFianc3 beli..!!! pelik gak, biasanya dia x ingin pon nak beli keropok2 mcm tuh haha..=)

Rumah Melanau. rumah ini tinggi jugak siap 2 tingkat lagi. Haaa....sapa yang pakai high heel sila bukak kasut ye bila nak turun dari tingkat atas sekali.Punyalah tinggi dan curam...Kat belakang rumah ni ada org sedang buat (dan jual) makanan berasaskan sagu.Poyo je aku...beli sagu with kelapa..apa ntah namanya..lupa suda hehe...=)


Rumah Melayu. Memang sama ngan trumah melayu di semenanjung. Siap ada makcik main muzik lagi...sedap woo tp mcm kesian...nampak semput-semput je aku tgk. Yang paling best...ada kukur kelapa manual yang dah lama aku x tgk...Last tgk kat umah opah teluk intan rasanya.

Rumah Cina. Ada player radio zaman sargeant hassan tuh hehe. Tertarik dengan kalender yang berumur lebih 30 tahun dalam rumah itu hehe...Dapat tgk cara pemprosesan sarang burung dan juga penerangan berkenaan Lada Hitan dan juga Lada Putih. Berasal dari buah lada yang sama cuma cara pemprosesan yang berbeza hehe..=)


Itu sahaja yang dapat aku kongsikan di Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Culture Village. hehe..=)

1 serving sizes:

aLaMFaNa said...

suke suke..:) jemputla dtg sarawak lg..~ aah, entrance aritu dpt rm10/person..hehehe... kalau tak, rm60.owhh tidakkk~

 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL