carian @ nandotcom

Monday, October 31, 2011

Macha @ Sabah (7-8 Oktober 2011)

Salam semua.
Yup, 7-8 Oktober lepas macha a.k.a Nazri Mohd Noor datang sabah.
Wehuuuu....=)

Actually dia ada kursus farmasi dia kat sini. Then aku n da gang telah meracuni fikirannya untuk tidak balik hari jumaat lepas kursus tuh haha...kenala dia tukar tarikh flight....tambah rm30 katanya.

Jumaat tuh kami g main futsal ngan geng mat black & shahir kat area pelabuhan hehe...macha dengan selambernya telah merembat sepasang kasut futsal muhaha...=D


futsal @  KK Futsal (Pelabuhan)






Then esoknya awal pagi lagi kami bangun then shoot ke kundasang haha....On da way g sarapan kat tuaran (putera jaya)



Yesssss........Bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu hehe...=) adalah terang sket nampak bentuknya..kalau x kena selimut awan je hehe....Cantek view dia dari sini..=)

Terus feeling2 time induksi arituh....group aku kena nyanyi lagi nie untuk persembahan masa malam mesra hehe...=D

Ni ha lirik lagu dia

Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu:

TINGGI TINGGI GUNUNG KINABALU 
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU 
BIRU BIRU HUJUNG KINABALU 
TENGOK DARI JAUH HATI SAYA RINDU

KINABALU DEKAT DI KUNDASANG 
BANYAK SAYUR BULIH PILIH PILIH 
APA GUNA PERGI LUAR NEGERI 
NAIK KINABALU HATI SAYA RINDU

SUMANDAK SUMANDAK PUN RAMAI MENUNGGU 
MENARI NARI LENGGANG SUMAYAU 
SEKALI MELIHAT MELEPAK KULITNYA 
SAYANG JATUH CINTA

SAYANG SAYANG SAYA KINABALU 
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA 
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU 
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU

KINABALU DEKAT DI KUNDASANG 
BANYAK SAYUR BULIH PILIH PILIH 
APA GUNA PERGI LUAR NEGERI 
NAIK KINABALU HATI SAYA RINDU

SUMANDAK SUMANDAK PUN RAMAI MENUNGGU 
MENARI NARI LANGGANG SAMAYAU 
SEKALI MELIHAT MELEPAK KULITNYA 
SAYANG JATUH CINTA

SAYANG SAYANG SAYA KINABALU 
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA 
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU 
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU

SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU 
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU


=========================================================================

Lepas tuh terus g Desa Dairy Farm...Kandang lembu new zealand kat kundasang haha...=)
Memang feeling2 kat new zealand la time tuh...=D

Last time g ngan family tak singgah sini sebab x dapat cari jalan masuk die haha...for this time terus tanya ajlaa kat mana lokasi die muhahha...=D


Kat Batu nk masuk main area dia..=)


Beberapa gambar yang aku ambil kat sana hehe...=)

On da way balik KK kami singgah kat Tamparuli. Syok gak g sini...asyik dengar lagu je kan..nahhhh....meniti jambatan ini lagi kami hehe..=D Marsha je la yang xde, Jambatan tetap ada kat sini hehe...=D

@ signboard Jambatan Tamparuli


Macam biasa....Kenangan terabadi melalui gambar hehe...=)

=========================================================================

Lagu Jambatan Tamparuli:

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi

Ulang (semua)

Tuesday, October 18, 2011

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Kawasan Keningau pada 23 - 24 September 2011

Setiap tahun Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia akan disambut pada 1-7 Ogos di setiap pelusuk dunia. Kami di peringkat Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau baru sahaja mengadakan majlis sambutan ini pada 23-24 September 2011 yang lalu. Pelancaran ini ditangguhkan kerana 1-7 Ogos tahun ini jatuh pada bulan ramadhan. Jadi bagi menyokong, melindungi dan mempromosi penyusuan susu ibu, daerah Keningau dipilih menjadi tuan rumah untuk sambutan majlis pelancaran sambutan ini.

Majlis pelancaran ini diadakan di Ruangan terbuka, Tamu Apin-apin. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada 23 September 2011 dan pada 24 September kemuncak majlis pelancaran diadakan. Sambutan ini mendapat sokongan daripada Ketua Anak Negeri Daerah Keningau, Ketua-Ketua Kampung di Mukim Apin-apin dan Majlis Daerah Keningau yang membenarkan kami mengadakan majlis ini di kawasan tamu dan juga tidak lupa kepada Pasukan Rela yang bersusah payah menjaga dan mengawasi barangan yang ditinggalkan semalaman di sana. Penglibatan peserta dari keempat-empat daerah dari anggota-anggota kesihatan dari daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan serta daerah kecil Sook amatlah memberangsangkan.

Majlis ini disempurnakan oleh Dr. Asits Sanna, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan diiringi oleh Puan Puspawati Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Persiapan majlis sambutan sehari sebelum majlis pelancaran. Kerjasama dari anggota kesihatan amatlah dihargai dalam menjayakan majlis ini.

Pasukan koir yang menyertai pertandingan mencipta dan mendendangkan lagu bertemakan penyusuan susu ibu dari Daerah Tambunan (atas), Keningau (tengah) dan Tenom (bawah). Keputusan memihak kepada wakil dari daerah Tenom. Tahniah diucapkan.

Beberapa pertandingan diadakan pada hari tersebut iaitu, pertandingan pasangan serasi, buku skrap dan juga pameran ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu wakil dari setiap daerah.

Pertandingan poster juga diadakan bagi memperlihatkan kekreatifan para peserta dari kalangan anggota kesihatan dari setiap daerah. Keputusan juri memihak kepada poster yang direka oleh wakil daerah kecil sook.

Frontline....=)

Para VIP...=) Terima kasih diucapkan kepada Dr Asits Sanna dan Puan Puspawati kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini dan seterusnya merasmikan sambutan ini bagi peringkat Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.

Its Me...=)

================================================================================================

Logo Sambutan Minggu Penyusuan Sedunia Tahun 2011
Tema: Breastfeeding - a 3D experience


 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL