carian @ nandotcom

Monday, November 28, 2011

Logos Hope

Kapal Logos Hope kini di kota kinabalu.
Jangan lepaskannya hehe...=)

Thursday, November 24, 2011

Lawatan Kumpulan AKSI Klinik Kesihatan Apin-Apin ke Maternity Wad dan Dewan Bersalin Hospital Keningau - 24 November 2011

Afternoon,

Hari ini saya telah menyertai lawatan kumpulan aksi KK Apin-apin sebagai pendedahan kepada mereka terhadap kepentingan dalam menyokong penyusuan susu ibu dengan memainkan peranan masing-masing.

Semua aksi telah diberi peluang untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa kursus yang telah dijalankan beberapa minggu yang lepas.

Maklumbalas yang diterima dari aksi, mereka merasakan lawatan ini sangat berguna dan memberi manfaat kepada mereka semua.

Aksi KKIA Keningau pula merancang untuk membuat lawatan yang sama pada 2 dis 2011 nanti. Semoga ianyanya juga berjaya di laksanakan.

Sunday, November 20, 2011

Pertandingan Makan Fiber....3rd place...!!! haha....=)

Hahahhaa...=D

Petama kali dalam hidup aku masuk pertandingan makan paling laju haha...

Bersempena Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2011 di Megalong Mall, Donggongon, Penampang, penganjur mengadakan pertandingan ini dan aku hadir ke majlis ini sebab nak jalan duty jaga pameran dan beri kaunseling pemakanan. Alang2 dah ada kat situ, masuk terus pertandingan anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang ni hehe....

Berdebor jugak la aku time nak start pertandingan ni...ramai yang masuk muhaha...

Namapon Pertandingan Makan Fiber...ambik ngko aku makan oat + susu + kismis dalam container beso...pisang, biskut wholemeal cacker berapa keping ntah ngan 1/4 buat tembikai saiz sederhana muhaha...=D

Gilaaaaaaaa......punyalah rempit aku makan tapi tak pandai2 jugak makanan tu abes haha...

At last aku berjaya abeskan food (kena kasi licin baru menang)

Jeng Jeng Jengggg.....aku dapat no 3 hahahahhahaha....=) 

Pengalaman yang tak dapat dilupakan ni muhaha....=D


Kami para peserta sedang dengan arahan pertandingan dari Puan Chan Chee Ling, PZM Klinik Kesihatan Putatan
Ni kau....!!!!!!!!!! ambikkkkk........hahhahaha...=) raga tuh beso yer...pisang yang beso nampak kecik je dalam gambo ni muhaha...=D
Yesss.......no 3 dapat adiah  workout kat D'Able Wellness & Fitness Centre di Donggongon, Penampang untuk 5 orang hehe...=)


Next time nk masuk pertandingan apa plak eh....?????? hahahhahahhaha......................=)

Sunday, November 6, 2011

Wilson K Factor KBlade 98

A versatile racquet in the KBlade line, the 98 combines the control of a player's racquet with added forgiveness and pop. Our team found plenty of power and control in this racquet. Weighing in at just over 11 ounces strung, our testers found faster swing speeds to be easily generated. Offered in a 18/20 string pattern like its predecessor, the nBlade, the K Blade delivers accuracy from the baseline. Players at the 4.0+ level should find both forehands and backhands easy to dial in with direction and control. We found spin easy to generate - especially slice. The generous sweetspot makes volleying feel crisp even when striking the ball slightly off center. This is a comfortable stick to wield at net. There's plenty of feel offered in this racquet, which will please players who utilize touch shots. When serving, we found enough power to help get the ball away. However, this racquet has been designed primarily for control. It offers a solid feel, providing consistency of feel and precision from all areas of the court. Best suited to 4.0+ level players.


Specifiations

Midplus Specs
Head Size: 98 sq. in. / 632 sq. cm.
Length: 27 inches / 69 cm
Strung Weight: 11.1oz / 315g
Balance: 3pts Head Light (6pts on mine...=))
Swingweight: 325
Stiffness: 67
Beam Width: 20 mm Straight Beam
Composition: [K]arophite Black w / X Loop Weave At 3 & 9 o'clock
Power Level: Low
Swing Speed: Fast
Grip Type: Kontrol Grip
String Pattern:
18 Mains / 20 Crosses
Mains skip: 8T,10T,8H,10H
One Piece
No shared holes
String Tension: 50-60 pounds










(source:http://www.tennis-warehouse.com/descpage-KBLD98.html)

Thursday, November 3, 2011

Majlis Pelancaran Mingu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2011

30 Oktober 2011 yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.

Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran telah diberi mandat untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah binti Hj Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia


Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Rosnah Binti Hj Abdul Rashid Shirlin, YBTMK

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh YBTMK

Persembahan Koir dari Kumpulan Koir KSKB (Lagu: Kami Sedia Membantu & Raise Me Up (<-- i think so, sbb banyak kali ulang-ulang hehe)) dan Persembahan Flashmob Dance

Ahli rombongan dari Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau
(Tiada dalam gambar: Dr. Abdul Marsudi dan Dr. Zawawi)


=============================================================================================

nota kaki:
Alangkah bagusnya kalau aku dapat hantar team koir dari PKK Keningau buat persembahan lagu bertemakan penyusuan susu ibu & sertai pameran aktiviti ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu bagi PKK Keningau.

Majlis Pelancaran Mingu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Sabah

30 Oktober 2011 yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.

Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran telah diberi mandat untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah binti Hj Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia


Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Rosnah Binti Hj Abdul Rashid Shirlin, YBTMK

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh YBTMK

Persembahan Koir dari Kumpulan Koir KSKB (Lagu: Kami Sedia Membantu & Raise Me Up (<-- i think so, sbb banyak kali ulang-ulang hehe)) dan Persembahan Flashmob Dance

Ahli rombongan dari Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau
(Tiada dalam gambar: Dr. Abdul Marsudi dan Dr. Zawawi)


=============================================================================================

nota kaki:
Alangkah bagusnya kalau aku dapat hantar team koir dari PKK Keningau buat persembahan lagu bertemakan penyusuan susu ibu & sertai pameran aktiviti ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu bagi PKK Keningau.

Wednesday, November 2, 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INTERVENSI OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM TAMBUNAN

Salam

17 Oktober 2011 yang lalu, pasukan NCDP 1 Malaysia - 1 Daerah 1 Intervensi, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau (PKK Keningau) telah mengadakan majlis pelancaran program tersebut di Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan, Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr. Nirmal Kaur, Ketua Penolong Pengarah Kanan  (NCD), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Program ini bertujuan untuk menangani faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) secara berkesan dengan menggunakan obesiti sebagai entry point, untuk mengurangkan beban penyakit NCD di Malaysia.

Sebanyak dua sekolah telah dipilih oleh pihak PKK Keningau iaitu Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan dan Sek. Ren. Jenis Keb. Cina Yuk Yin, Keningau.

Pengisian program melibatkan pelbagai pihak di bawah unit pemakanan, MCH, kesihatan primer, Inspektorat, Unit Promosi dan lain-lain lagi di bawah PKK Keningau yang mana program ini melibatkan penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

Sekalung tahniah kepada sekolah ini kerana telah dipilih untuk menjadi perintis kepada kajian ini. Dan hasil dari titik tolak kajian ini, kami berharap agar kajian ini akan diperluaskan lagi skop dan kumpulan sasaran bagi memungkin kita membentuk modal insan yang cemerlang di masa hadapan dan seterusnya membentuk generasi yang sihat dari segi mental dan fizikal.



Para Jemputan dan Para Pelajar SMAI Tambunan

Gimik Pelancaran Program ini oleh Dr. Nirmal Kaur diiringi oleh Dr. Mohd Nazri Daud (Pakar Kesihatan Keluarga, FMS) selaku wakil Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau yang tidak dapat hadir atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan


Gimik Penyerahan Banner kepada pihak sekolah yang mana menunjukkan kesungguhan pihak PKK Keningau dalam menjalankan program ini

Aktivit Senamrobik yang di ketuai oleh Cik Lai dari Pejabat Kesihatan Daerah Keningau dan dibantu oleh anggota kesihatan dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tambunan. Walaupun di bawah sinaran terik mentari tetapi para pelajar tetap bersemangat melakukan senaman. Selama satu jam aktiviti ini dijalankan.


Bergambar bersama Jawatankuasa Program NCDP 1 Malaysia, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

=========================================================================

Nota kaki:

Obesiti disebabkan oleh ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga yang mana menyebabkan keseimbangan tenaga positif. Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah obesiti ini. Antara faktor tersebut ialah corak pemakanan yang tidak sihat, kurang melakukan aktiviti fizikal, faktor genetik atau kombinasi dari faktor ini (KKM 2004).
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL