carian @ nandotcom

Monday, December 31, 2012

DIY Office Table

Bought rm48...so cheap muhaha...=)

1 1/2 hours needed to finish 'minta puji' session haha...=)

Friday, December 28, 2012

Oh My Tayar

Arghhh...spent 'rm80' canaikan rotor, tukar brake pad bendix (rm110), servis brek drum belakang (rm3) masih brek tak lekat sangat dan berbunyi besi.

Rupa-rupanya mr silver coated minta selipar baru haha...=)

Baru perasan dah lama tak tukar tayar. (Padahal tak pernah tukar dari mula beli hampir 3 tahun lepas) haha...

Maka dengan itu mr silver coated dapat selipar baru cap triangle rm200 sebiji 195/60/15 (4412). Tayar baru keluar kilang ni. (Padahal tetiba baru teringat pernah survey tayar ni harga dia 190 sebiji di inanam haha. Nak sedapkan hati la konon. Yes, your handsome owner hadiahkan 2 selipar untuk dipakai kaki hadapan ya mr silver coated haha...=)

Ingat nak beli Continental CC5 (rm280) sebab memang pakai tayar ni. Tapi brother jual tayar tu bilang kalau pulang balik kimanis bagus pakai bunga tebal. Triangle (rm200) atau Michelin (rm280). Baru aku nak fikir nak beli yang mana satu brother ni slumber je cakap. Bagus abg beli triangle. Murah dan bunga sama macam michelin. Mmg ada iras2 pon. So beli la triangle. Next month punya gaji tukar yg blakang pula hehe. Yokohama tengah offer sebiji rm250 (asal rm280).

Brother tu bagi jaminan. Lepas ni abg mmg akan cari tayar ini. Haha....tp mcm ye je sebab memang bunga dia tebal dan braking pon bagus suda...=) demi keselamatan aku naik turun kimanis. Apa ada hal....=)

Kedai ni kat menggatal. Owner dia pakai merc putih parking luar kedai hehe.

Udang Galah Beluran, Sabah

Akhirnya....

Sampai juga di Beluran...

Beli udang galah gred A (rm28x2kg), gred B (rm15x15) & ikan pari sekilo (rm5)

...=)

Thursday, December 20, 2012

Makanan Tenaga Menuju ke Puncak Laban Rata

Hanya tips dari orang yang tidaklah seaktif anda tapi alhamdulillah dapat juga diberi kesempatan olehNYA menyaksikan keagungan ciptaanNYA.

Untuk pendakian ini saya membawa 3 pek PowerBar Gel ada 3 perisa. Coklat, pisang dan strawberi kalau tak silap saya dan 3 ketul snickers.

Kanapa saya tidak memilih PowerBar - Bar sebab kandungan nutrisi hampir sama dengam snicker dan ianya lebih murah hehe. Sodium snickers kurang sedikit berbanding powerbar

Just bear in mind: a key electrolyte lost in sweat that is associated with muscle cramping in some athletes. So watch out your sodium...=)

Monday, December 17, 2012

Misi Piramid Makanan Menuju Ke Puncak Kinabalu - Low's Peak (4095.2m) 13-14 November 2012


Gunung Kinabalu bebehhhhh
Alhamdulillah dapat juga ku menjejakkan kaki ke Low's Peak, Gunung Kinabalu pada subuh 14 Dis 2012. Syukur pada Allah diberikan peluang untuk menyaksikan keindahan ciptaan yang tiada tolok bandingannya. Syukur juga kerana cuaca yang mengizinkan, tiada kabus, hanya angin sejuk meniup yang membolehkan aku mengabadikan lukisan indah di dalam kamera aku dan kawan-kawan.

Kami seramai 14 orang bertolak dari indah court likas dalam jam 6pagi terus menuju ke kinabalu park dan urusan pendaftaran, penerimaan nametag dan juga sarapan disediakan kepada kami semua oleh pihak sanctuary lodge dan taman sabah.

Jam 9.20pagi kami mulakan perjalanan melalui pintu timpohon. Laluan bertangga memang menguji kekuatan fizikal dan mental.

Terdapat 7 pondok sepanjang perjalanan ke Laban Rata sejauh 6km. Setiap pondok ada disediakan tandas dan air yang tidak di rawat. Air gunung aku rasa. Aku belasah je minum. Haus. Asalkan tahap hidrasi aku sentiasa ok.

Aku telah belajar dari kesilapan dimana jangan sesekali berhenti terlalu lama untuk berehat kerana akan menyebabkan otot kembali sejuk. Momentum pon dah lari. Susah nak dapat pace sepertimana dari timpohon gate ke pondok berdekatan dengan km4.
Dari pondok km4 ke km6 otot peha aku rasa tegang dan kejang. Aku bleh tgk otot peha aku 'twitching'. Memang rasa sangat azab. Sakit betul. Aku mengharapkan ponstan dan krim LMS + spray bagi kurangkan rasa sakit yang amat sangat itu.

Tepat jam 1.58 petang aku sampai ke Laban Rata Resthouse. Syukur alhamdulillah. Berjaya aku smpe sini. Di sini makanan dihidangakan secara buffet 3 kali makan (supper+breakfast+dinner). Tempat penginapan aku di Genting Langadan dan memerlukan aku naik tangga lebih kurang 100m. Jadi aku ambil keputusan untuk tunggu di tempat makan sehingga jam 4.30 dimana makanan mula dihidangkan. Selepas makan aku pon naik ke dorm dan terkejut tengok termometer menunjukkan 7oC.

Biasanya pendaki tak mandi sebab sejuk sangat katamya. Tapi aku degil. Aku mandi juga hahaha. Amekkk...rasa mcm tulang kena gigit2 haha...tu belum lagi nak cebok buang air besar n kecil hahaha...=) apa2pon ianya satu pengalaman.

Jam 7mlm aku dah siap2 nak tidur. Pakai baju sweater, tracksuit, stokin 2 lapis, selimut nak bagi panasla konon. Padahalllll...sejuk jugakkk....aku terjaga jam 10mlm sebab leher rasa sakit. Tersalah tidur. Huhu...maka berjagalah aku smpe jam 2pagi dimana kami semua bersedia untuk meneruskan pendakian ke puncak. Dari dorm ke puncak jaraknya 2.7km tp aku rasa mcm 10km je. Jauhhh...haha. Dari dorm ke pintu sayat-sayat aku kena naik tangga yang tidak terkira banyaknya dan mendaki gunung dengan bantuan tali. Abg Guide seringkali menegaskan supaya sentiasa pegang tali kuat2 semasa mendaki. Masa nak turun baru aku faham. Kalaulah aku terlepas tali tu. Arwah aku rasa hahaha. punya dalam 'gaung' dia huhu...

Kira-kira sebelum jam 4.45pg aku sampai ke kaki puncak dan menyorok dibelakang batu. Angin bertiup kencang dan persekitaran sangat sejuk. Aku berpelukan dengan mat blek. Sejuk sangat.

Dalam jam 5.25pg aku naik ke puncak. Alhamdulillah cita-cita aku untuk berada dipuncak tertinggi di asia tenggara tercapai. Aku berjaya dengan misi aku untuk bergambar dengan poster piramid makanan malaysia di puncak kinabalu.

Perjalanan balik ke asrama dipenuhi dengan sessi tangkap gambar hehe...

Sampai ke asrama, kemas2 barang terus turun ke laban rata resthouse untuk makan sarapan pagi.

Jam 10.30am aku memulakan perjalanan turun dan sampai ke timpohon gate pada jam 2.17pm.

Perjalanan naik dan perjalanan turun tidak sama. Bahkan aku rasa turun lagi susah dari naik. Haha.

Sampai sahaja di timpohon gate aku dibawa ke restoren utnuk makan temgahari.

Akhirnya sijil diterima, hati menjadi puas. Syukur alhamdulillah.

Kekuatan Mental mestilah kuat. Kalau kuat fizikal tapi mental lemah pon x guna sbb ianya memang menguji kekuatan mental dan fizikal. Sentiasa positif. Aku hampir sahaja kalah di KM5 dan KM8. Alhamdulillah aku dapat atasinya bila mengenangkan betapa susah payahnya aku mendaki hingga ke saat itu dan dari tiu aku meneruskan perjalanan hingga ke puncak.

Kelengkapan:
Kasut outdoor (paling penting)
Sweater
Seluar
Lampu kepala
Snow cap
Windbreaker
Stokin tebal
Ponco
Botol air (topup air dipondok)
Makanan tenaga (power gel/snickers)
Ubat2an
Duit

Sunday, December 2, 2012

Habis jahanam rotor aku...!!!!

Naik turun kimanis memang menguji kebolehan pemandu-pemandu kereta transmisi auto sebab nak pakai low gear pon meter RPM naik laju angkara jalan yang sangat cerun.

Maka dengan itu kebolehan brek adalah diutamakan. Last time aku punya brekpad hangkang...g tukar emergency di bengkel di area papar...x sampai sebulan pakai terus merosakkan rotor aku...silakakkkk....

G bengkel easy auto care sini dia memulakan sessi baik pulih dengan mengetam rotor aku itu. Macam tahu2 ja last time balik kampung aku g beli brakepad bendix. Sekali tukar terus.

Ketam rotor: rm80, brake pad: 110, upah rm30.

Pomen bilang brake ferodo bagus lagi dari bendix. Nanti la sa cuba ahh. Diharapkan bendix tidak menghampakan saya hehe.

Wednesday, November 21, 2012

Rumah Impianku

Harga Hartanah: RM250k
Pembiayaan: 90%
Tempoh Pinjaman: 30 tahun
Kadar Interest: 7%
Jumlah Pembiayaan: RM225000
Bayaran Bulanan: RM1497
Kos-Kos Lain: RM10K



Tuesday, November 20, 2012

Cara Membeli Rumah


Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan
dan urusan-urusan sebelum dan semasa membeli rumah.


1. Pilih Lokasi Rumah.
a). Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan
kos pengangkutan ketempat kerja.
b). Pilih lokasi yang stretegik, ada potensi untuk membangun supaya harga
rumah dan kadar sewa meningkat di masa depan.
c). Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang
urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.
2. Pilih Jenis Rumah.
a). Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak
kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.
b). Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah
biliknya, parking space dsb.
c). Jenis hak milik, pajakan atau kekal. (Kalau boleh beli yang kekal)
3. Pilih Pemaju.
a). Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar yang tersenarai
di BSKL macam  Sime UEP, Negara Prop., dll. Kalau pemaju keci-kecilan, takut
projek terbengkalai. Macam kawan saya dah terkena, 3 tahun tak siap lagi.
Kalau pemaju yang OK biasanya 6 bulan saja.
b). Syarikat pemaju besar-besar ni, dia orang berurusan dengan pembeli
secara professional, tak banyak kerenah. Dia orang mesti jaga imej. Kalau
yang ada ISO9000 ke lagi bagus.
4. Pilih Peguam (Loyar).
a). Loyar Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) – yang ni biasanya
free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem, minyak dan photostat.
b). Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman – boleh cari sendiri atau
suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung  kepada
jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit
stem, photostat dan lain-lain documentations.
5. Pilih Bank.
a). Pinjaman boleh dibuat di mana-mana bank yang menawarkan housing loan
(yang islam dinasihatkan pastikan pinjaman Islam sebab di situ ada
keberkatan walaupun nampak mahal sikit namun halal ingat HALAL) samada
 panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.
b). Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman,
interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau
konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan <
1/3 dari pendapatan bulanan kita.
c). MRTA – Insuran untuk cover loan (wajib) – boleh bayar cash atau masuk
dalam loan (one lump sum).
d). Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).
6. Pengeluaran KWSP.
a). Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama
atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
b). Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara
harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan
jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.
Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.
10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 +
RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar  semua
simpanan itu. Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000
saja (sebab dikira yang terendah).
Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita decide berapa loan
kita nak ambil. Kalau akaun2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.
c). Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran : i. borang
permohonan, ii. salinan S&P, iii. salinan I.C. iv. salinan surat tawaran
loan.  Boleh buat kat mana-mana pejabat KWSP. Pengeluaran akan datang setiap
3 tahun sekali untuk mengurangkan loan.
7. Lain-lain hal.
a). Jaga-jaga dengan ‘late payment interest’. Yang ini ramai orang terkena
masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri,
pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment
pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam
S&P ada kata ” Without prejudice to the Vendor’s right under clause
bla…bla…” Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung
walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak
pemaju atau pihak bank.
b). Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar
failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah  kemudian
hari.
c). Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju
akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau
sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum
dapat CF dari pihak berkuasa tempatan)        untuk mengelakkan dari
melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi
mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh
tapi rumah tak leh duduk – kena bayar rumah sewa lagi.
d). Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke.
Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).

========================================================================
info berguna tuk saya…
coz adik saya dah wat perjanjian dengan pemaju…
loan pon dah diluluskan…
tup2 interest kne bayar…
dah jmpe pegawai bank…
die bgtau interest akan ditolak melalui loan yg dibuat…
and then surat 2 akn smpi selepas interest dibayar…
tapi smpi skrg bank masih kol2 suruh bayar interest…
0
0

Rate This
  • ssya rasa ini loan biasa ni bukan islamik… kalau yang islamik dia lebih berkebajikan…. masalah bayaran tertunggak ni dia tolak ke depan. Malah dia bagi pelepasan dua bulan setahun tak perlu bayar kalau tak mahu… inilah islamik berkebajikan… kaedahnya samada sewa beli (biasanya dia flate rate) satu lagi musyarakah mutanaqisah (keuntungan menurut atas baki)… makna maka lama bayaran bulanan makin menurun… mcm yang kerajaan buat. Kadang bank dah sama ratakan rate. Apa2 pun pastikan yang ISLAMIK. Untuk jangka panjang anda akan lebih tenang…. yang lebih kurang ceti tak larat nak layan call tagih hutang… he he…
    0
    0

    Rate This

======================================================================
bagaimana klau beli dr tangan pemilik rumah pula??
0
0

Rate This
  • Proses lebih mudah dan senang, boleh urus sendiri (agak susah), boleh juga upah peguam uruskan. Perlu sign perjanjian SNP (persetujuan jualbeli) kemudian jika penjual masih berhutang dengan bank dia perlu selesaikan dengan bank dahulu. Jika tak berhutang lihat pula kondisi kita nak beli tunai atau kita nak buat pinjaman dengan bank. Kalau tunai dengan tunai lagi senang perlu buat SNP kemudian buat MOT (memorendum pindah nama) urusan ini boleh dibuat di pejabat tanah. Ada borang2, prosedur2 dan kos2nya boleh pi tanya di pejabat tanah tempat rumah kita beli. Kalau kita nak buat pinjaman kita hanya perlu serah SNP kita dan geran sahaja kepada pihak bank. Depa urus semua… Ni ringkas saja… masih perlu perincian… tapi sikit sebanyak boleh google lagi insya Allah ada….
    0
    0

    Rate This

======================================================================
Sumber: http://epanduan.wordpress.com/2009/11/25/cara-membeli-rumah/





Tuesday, November 13, 2012

Eye In The Sky

Thanks AirAsia sebab pilih saya sebagai 'Eye in the sky' untuk AK5123, BKI - KUL pada 9 Nov 2012 yang lepas. Hari ini saya telah melengkapkan soal selidik anda dengan jayanya.

Dari kaunter saya telah mempunyai masalah di mana staff di kaunter tidak tahu berapa berat (kg) untuk seseorang yang memiliki tiket waran kerajaan. Its 20kg MISS ORIANA...thanks. Dia kompius sebab saya add on 15kg so total 35kg. Dia bilang beg saya 15kg je. Yang warrant tak tau ke mana menghilang haha. Mujur ada officer incharge kat sana. Dia telah settlekan.

Arghhhhh....flight saya telah DELAYED dari jam 9.25pm ke 11.20 sepertimana yang saya terima pada SMS. Sekali, jam 12malam jugak saya naik kapal. Erkhhhh...panat baa dari keningau ba saya ni...kalau tau jalan lewat2 sikit pon tidapa...7.38pm baru dapat tahu. Kasi tau awal sikit baa...

Sampai jam 3am. Bus ke teluk intan dah lama jalan. Nak tunggu jam 9am. Malas laa....terus g umah zola.

Yesss...jam 2pm....g karok sepammm kat redbox sogo hehe....=)

Then g makan kat restoren seafood kat jeram. Layan gakla. 9 org makan rm300. Ok ba kann...=)

1.25am 11 Nov 2012 jugakla saya baru smpe umahhh. Cissssss....kalau flight x delayed. Sah2 10 Nov 2012 dah ada kat umah.

I'm home.

Wednesday, November 7, 2012

9 - 18 Nov 2012

I'm coming home...!!!!!!!!

Tuesday, October 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433

Kali ke-2 menyambutnya di rantau org...seperti biasa, rutin di hari raya, bgn awal pg, g masjid awal, g solat raya, balik umah jamah makan sket, tukar baju, g tinguk org menyempurnakan ibadah korban...=)

X join sgt melapah daging sbb tenaga kerja yang ramai. Sempat lapah sebelah kaki je hehe...ok ba kan....x dapat nak kurban, tolong2 pon jadila...=)



khairul hasnan bin amali

Tuesday, October 16, 2012

Karnival Jelajah Sihat 2012 di Kompleks Sukan Keningau, Sabah

Karnival berlangsung selama 2 hari pada 13-14 Oktober 2012 (sabtu & ahad).

Penat tapi enjoy...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 27, 2012

Riang Ria Mandi Manda Kali Ke-2 di Sabah

G mandikan brader ni...baru ensem nk g kk hehe...=)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL