carian @ nandotcom

Wednesday, May 30, 2012

Kotobian tadau tagazo do kaamatan 2012

Yaa....hari ini cuti bagi sabah bersempena pesta keamatan yg disambut pada 30 n 31 Mei setiap tahun.

Tahun ni aku x balik kampung dgn memilih berhibernasi di rumah haha.

Dengan itu, satu skill entah datang dari mana aku pon x tahu telah menyebabkan aku TERmasak tomyam ayam + sayur petola telur untuk dinner hari ini hahaha...

Selamat menjamu selera dan berbuka puasa bagi yang melaksanakannya...=)




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 26, 2012

The Upside Down of Borneo (Rumah Terbalik)

Lokasi: area tamparuli nak pergi ke kundasang. Kalau dari KK ikut jalan ke tuaran dan bila nampak Hospital Tuaran sebelah kiri, ambil bulatan dan masuk lorong jam 3...kemudian terus sahaja...rumah terbalik sebelah kiri...tepi jalan ja...kalau dah terlepas Shell bermaksud rumah tu pon dah terlepas hehe...jadi sila buat 'u-turn' hehe...=)

Parking lot agak limited. Saya nasihatkan anda pergi pada waktu malam @ senja sbb lampu2 di sekeliling rumah ni tampak cantik dan indah.

Yuran masuk: RM10 (yang ada IC Malaysia)

Kalau nak minum2 sahaja di kafe, hanya inform pada kaunter tiket dan anda akan dibawa ikut jalan pintu belakang. X perlulah bayar duit yuran masuk ni kalau nk minum2 je. Cafe dia 'not bad'. Coffee Latte dia sedap hehe...=)

Penggunaan kamera ditegah sama sekali di dalam rumah terbalik tersebut. Boleh la bergambar di luar rumah...=)

Bahhh....marilah melawat sabah & saya muhahahahaha....=)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Giant Burger, Tanjung Aru

Pertama kali aku tengok beger beso ni eh haha...=). Kalau dua org makan kompem minta tapau haha

Gerai ni kat area food court Tanjung Aru blakang balai polis.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 16, 2012

Alkisah satu sejarah aku dan Guru

Sejarah aku dgn seorang guru:

Di satu hari di hari sukan semasa darjah 6. Aku diminta oleh seorang guru F untuk memberikan segelas air kepada guru S. Aku akur dgn arahan. Aku ambil segelas air dan aku berikan kepada guru S. X semena2 aku dipukul tanpa aku tahu sebab musabab dan hujung pangkal hingga ke hari ini. Guru Z yang nampak apa yg berlaku mcm buat x tahu je. Bukan nak tolong aku ke, apa ke kan... Kini guru S sudah kembali ke rahmatullah....hmmm...

Secara ikhlas aku mmg marah kerana diperlakukan sedemikian rupa.

Mak pak aku plak buat mcm guru S x bersalah je.

Aku je la yg tanggung sorg2.

Sehingga satu hari mak ckp, guru S dah meninggal sewaktu tidur. Sikit pon aku x rasa simpati huhu....

Salah aku berbuat demikiankan. Tapi hati ini berkata 'tiada maaf bagi mu'. Aku bukan bagi ko air kencing tp aku bg ko air sejuk la cikgu. Biarlah 18 tahun sudah berlalu. Ianya tetap segar dalam kotak memori aku ini.

Ahhhh.....

Kepada cikgu di luar sana, bertindak secara rasional, kalau anak murid buat salah sekalipon sbb bg para guru segelas air, jgnlah bertindak emosi dgn memukul mereka. Mereka putih bersih. X da nya nak letak santau dalam air tersebut. Sekian terima kasih.

Mak abah...selamat hari guru...love both of u very much. =)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 3, 2012

Leo Palace Hotel, Kuala Lumpur

Oyeahhh...

Stay here for 2 night at different room hehe...=)

For standard room: rm98
For family room (3 pax): 158
(Breakfast included)

Hotel yang saya akan book kalau nak stay kat KL pasni. Parking bay cukup, breakfast not bad. Nasi lemak sedap hehe. Bila malam ada gerai2 jual makanan kat bawah tp saya x g sbb layan tidur lagi best haha. Ini kira mcm hotel yang budget2 la macam saya ni. Kalau nak hotel bintang kejora, itu pilihan anda hehe.

Stay kat sini tempoh hari sbb mau g KL international book fair @ pwtc dan nak jalan2 kat area the mall. (Padahal naik LRT terus g sogo n mydin jalan masjid india hahaha...=p)

Leo Palace Hotel:0340435555

(Cadangan: boleh ka buat rate kira by hours sbb hari kedua saya check in jam 4am kuar jam 11am hehe...=))


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL