carian @ nandotcom

Saturday, June 30, 2012

Air Terjun Mahua, Tambunan, Sabah

Sejuk....!!!!! Dan menyegarkan...=)

Direction dari Kota Kinabalu: g ke arah klinik kesihatan penampang dan ikut sahaja jalan sehingga jumpa bulatan ada halia dengan parang yang besar. Bulatan tu ambil susur kiri dan drive sampai jumpa klinik kesihatan patau, keep slow dan bila nampak signboard air terjun mahua, belok kiri dan terus sampai hujung. Sampai suda air terjun mahua. Senangkan...?? Haha...kurang 2 jam dah sampai sebab sia yg drive. Kalau org lain lagi awal boleh sampai hehe...=)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 28, 2012

Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Kemabong, Sabah

di sempurnakan oleh:
YB Datuk Rubin Balang

Tema:
Sustain Gains, Save Lives: Invest in Malaria


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 18, 2012

Kembara Riang Ria Pemakanan di SK Pekan II, Keningau

SK Pekan II, Keningau, Sabah
18 Jun 2012
Isnin
7.30am - 12.30pm

...=)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 17, 2012

27th Dragon Boat Race @ Teluk Likas

Coollll....=)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 5, 2012

Foot Soft on My Birthday

Alhamdulillah...akhirnya...=)


Foot Soft

Featuring Clarks' soft-tread technology, these men's shoes benefit from soles, linings and uppers that are super-soft to touch. The flexible construction is kind to your feet, while a simple lace fastening and classic black leather keep this style looking smart.

Material --> Leather
Lining --> Hairsheep
Sole --> Rubber
Fastening --> Lace
Removable Insole --> No
Trims --> None

£64.99

http://www.clarks.co.uk/p/20341885
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 3, 2012

Diari 2 jun 2012

Bangun pagi, telefon hotel-hotel area kundasang tapi semua fully booked. Ciskek betullah...baru nak tido dengan nyamannya haha...=)

Lunch kat Sala Thai...kenala rm19.50. Makan nasi lauk sotong ngan ulam raja + air ice lemon tea. Xpalah...hari bahagia aku.

Then, terus g gsc suria sabah tgk cerita snow white & apa entah haha...bengkakla bibir aku angkara ada sorg ni kuak pintu kuat-kuat. Terkejut aku. Marah pon ada. Tapi, sabo je lah dapat adiah hari jadi. Bengkak bibior haha.

Then g 1B...melepak...pastu survey kasut kat parkson,school, hush puppies clark dan beberapa lagi kedai kasut.

As hadiah hari jadi dari diri sendiri kepada diri sendiri dengan pakai duit sendiri maka dengan sendirinya aku telah membeli kasut kerja dariiiiiiiiiiii Clark....hahaha...=) lama dah ngidam arini baru dapat. Syukur atas rezeki yang diberi olehNYA...=)

Lepas dapat kasut, g layan bowling plak ngan syafik, halim & azizi. Prestasi atas graf menunjukkan prestadi merundum dengan game pertama dapat 125 dan turun, turun dannn turun. Game keempat dapat 69 ja haha....againnn. Ciskek lahhhh...!!! X konsisten langsung. (Halim siap buat skill curve kan bola mcm david beckham tendang lagi tuh haha...)

Then g makan kat Tiara Seafood area alamesra...pastu balik umah mat blek haha...=)

Now....nak tidur...good night...=)

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini...insyaAllah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 2, 2012

2 Jun 1983 - 2 June 2012

Alhamdulillah....=)

29 tahun lalu, pada hari khamis, 8.39 malam aku telah diputerakan oleh ibu tersayang di hospital teluk intan.

Terima kasih bonda terima kasih ayahanda atas segala susah payah jerih perih dalam membesarkan aku dimuka bumi Allah ini.

Jatuh bangunku tetap bersandarkan kepada kalian dan adinda-adindaku sekalian. Mana mungkin aku bangun semula dari kekalahan yang besar dalam kembara menuntut ilmu tanpa nasihat dan dorongan mereka. Ya Allah, Ampunkanlah dosa ibu bapaku sejakku dari kecil lagi. Masukkanlah mereka ke dalam syurga yang abadi selamanya.

Kini aku bersyukur kepada Allah atas kurniaan yang diberi. Walaupun laut cina selatan memisahkan kita namun ianya bukan penghalang untuk aku merindui abah, mak, mimi, anep, obi, sya. Ipar-iparku berdua. Dan juga permata hati keluargaku Atif Faheem...=)

ku cintakan Allah, ku cintakan rasul, ku cintakan agama, ku cintakan ibubapaku, ku cintakan adik beradikku, ku cintakan juga pemilik nama Farhana binti Jamaluddin dan keluarga.

Ku tahu diri ini tidak sempurna, banyak kekurangan banyak yang perlu diperbaiki. Namun dikau perlu tahu. Ku harap dapat kiranya ku binakan istana cinta bersama mu. Bukan bertiangkan kemewahan tetapi dengan kebahagian dan rahmat kasih sayangNYA. Tiada kemewahan yang dapat kuberikan. Kebahagian Dengan izinNYA....=)

Ku berdoa kepadamu ya Allah, agar dapat kiranya aku menjadi hambamu yang taat dan patuh, anak yang soleh kepada kedua ibubapaku, abang yang bertanggungjawab dan menjadi insan terbaik yang bertakhta dihati dia.

Perjalanan ini masih jauh......hidup mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan....

Kalian, andai ada dosaku yg memalit lantas melukakan hati kalian....ku mohon kemaafan walaupon sebesar zarah kesilapan dan kesalahanku....doakanku berjaya menempuhi liku-liku perjalanan hidup yang sekian hari makin mencabar ini...Luv u all....=)

Salam sayang dari bumi di bawah bayu.

=----------------------------------------------------=
Sesiapa yang membaca bingkisan hati ini, aku hanya memberitahu berita tentang hari bahagiaku ini disini, tidak seperti mana di fb. Terima kasih kerana membacanya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL