carian @ nandotcom

Monday, December 31, 2012

DIY Office Table

Bought rm48...so cheap muhaha...=)

1 1/2 hours needed to finish 'minta puji' session haha...=)

Friday, December 28, 2012

Oh My Tayar

Arghhh...spent 'rm80' canaikan rotor, tukar brake pad bendix (rm110), servis brek drum belakang (rm3) masih brek tak lekat sangat dan berbunyi besi.

Rupa-rupanya mr silver coated minta selipar baru haha...=)

Baru perasan dah lama tak tukar tayar. (Padahal tak pernah tukar dari mula beli hampir 3 tahun lepas) haha...

Maka dengan itu mr silver coated dapat selipar baru cap triangle rm200 sebiji 195/60/15 (4412). Tayar baru keluar kilang ni. (Padahal tetiba baru teringat pernah survey tayar ni harga dia 190 sebiji di inanam haha. Nak sedapkan hati la konon. Yes, your handsome owner hadiahkan 2 selipar untuk dipakai kaki hadapan ya mr silver coated haha...=)

Ingat nak beli Continental CC5 (rm280) sebab memang pakai tayar ni. Tapi brother jual tayar tu bilang kalau pulang balik kimanis bagus pakai bunga tebal. Triangle (rm200) atau Michelin (rm280). Baru aku nak fikir nak beli yang mana satu brother ni slumber je cakap. Bagus abg beli triangle. Murah dan bunga sama macam michelin. Mmg ada iras2 pon. So beli la triangle. Next month punya gaji tukar yg blakang pula hehe. Yokohama tengah offer sebiji rm250 (asal rm280).

Brother tu bagi jaminan. Lepas ni abg mmg akan cari tayar ini. Haha....tp mcm ye je sebab memang bunga dia tebal dan braking pon bagus suda...=) demi keselamatan aku naik turun kimanis. Apa ada hal....=)

Kedai ni kat menggatal. Owner dia pakai merc putih parking luar kedai hehe.

Udang Galah Beluran, Sabah

Akhirnya....

Sampai juga di Beluran...

Beli udang galah gred A (rm28x2kg), gred B (rm15x15) & ikan pari sekilo (rm5)

...=)

Thursday, December 20, 2012

Makanan Tenaga Menuju ke Puncak Laban Rata

Hanya tips dari orang yang tidaklah seaktif anda tapi alhamdulillah dapat juga diberi kesempatan olehNYA menyaksikan keagungan ciptaanNYA.

Untuk pendakian ini saya membawa 3 pek PowerBar Gel ada 3 perisa. Coklat, pisang dan strawberi kalau tak silap saya dan 3 ketul snickers.

Kanapa saya tidak memilih PowerBar - Bar sebab kandungan nutrisi hampir sama dengam snicker dan ianya lebih murah hehe. Sodium snickers kurang sedikit berbanding powerbar

Just bear in mind: a key electrolyte lost in sweat that is associated with muscle cramping in some athletes. So watch out your sodium...=)

Monday, December 17, 2012

Misi Piramid Makanan Menuju Ke Puncak Kinabalu - Low's Peak (4095.2m) 13-14 November 2012


Gunung Kinabalu bebehhhhh
Alhamdulillah dapat juga ku menjejakkan kaki ke Low's Peak, Gunung Kinabalu pada subuh 14 Dis 2012. Syukur pada Allah diberikan peluang untuk menyaksikan keindahan ciptaan yang tiada tolok bandingannya. Syukur juga kerana cuaca yang mengizinkan, tiada kabus, hanya angin sejuk meniup yang membolehkan aku mengabadikan lukisan indah di dalam kamera aku dan kawan-kawan.

Kami seramai 14 orang bertolak dari indah court likas dalam jam 6pagi terus menuju ke kinabalu park dan urusan pendaftaran, penerimaan nametag dan juga sarapan disediakan kepada kami semua oleh pihak sanctuary lodge dan taman sabah.

Jam 9.20pagi kami mulakan perjalanan melalui pintu timpohon. Laluan bertangga memang menguji kekuatan fizikal dan mental.

Terdapat 7 pondok sepanjang perjalanan ke Laban Rata sejauh 6km. Setiap pondok ada disediakan tandas dan air yang tidak di rawat. Air gunung aku rasa. Aku belasah je minum. Haus. Asalkan tahap hidrasi aku sentiasa ok.

Aku telah belajar dari kesilapan dimana jangan sesekali berhenti terlalu lama untuk berehat kerana akan menyebabkan otot kembali sejuk. Momentum pon dah lari. Susah nak dapat pace sepertimana dari timpohon gate ke pondok berdekatan dengan km4.
Dari pondok km4 ke km6 otot peha aku rasa tegang dan kejang. Aku bleh tgk otot peha aku 'twitching'. Memang rasa sangat azab. Sakit betul. Aku mengharapkan ponstan dan krim LMS + spray bagi kurangkan rasa sakit yang amat sangat itu.

Tepat jam 1.58 petang aku sampai ke Laban Rata Resthouse. Syukur alhamdulillah. Berjaya aku smpe sini. Di sini makanan dihidangakan secara buffet 3 kali makan (supper+breakfast+dinner). Tempat penginapan aku di Genting Langadan dan memerlukan aku naik tangga lebih kurang 100m. Jadi aku ambil keputusan untuk tunggu di tempat makan sehingga jam 4.30 dimana makanan mula dihidangkan. Selepas makan aku pon naik ke dorm dan terkejut tengok termometer menunjukkan 7oC.

Biasanya pendaki tak mandi sebab sejuk sangat katamya. Tapi aku degil. Aku mandi juga hahaha. Amekkk...rasa mcm tulang kena gigit2 haha...tu belum lagi nak cebok buang air besar n kecil hahaha...=) apa2pon ianya satu pengalaman.

Jam 7mlm aku dah siap2 nak tidur. Pakai baju sweater, tracksuit, stokin 2 lapis, selimut nak bagi panasla konon. Padahalllll...sejuk jugakkk....aku terjaga jam 10mlm sebab leher rasa sakit. Tersalah tidur. Huhu...maka berjagalah aku smpe jam 2pagi dimana kami semua bersedia untuk meneruskan pendakian ke puncak. Dari dorm ke puncak jaraknya 2.7km tp aku rasa mcm 10km je. Jauhhh...haha. Dari dorm ke pintu sayat-sayat aku kena naik tangga yang tidak terkira banyaknya dan mendaki gunung dengan bantuan tali. Abg Guide seringkali menegaskan supaya sentiasa pegang tali kuat2 semasa mendaki. Masa nak turun baru aku faham. Kalaulah aku terlepas tali tu. Arwah aku rasa hahaha. punya dalam 'gaung' dia huhu...

Kira-kira sebelum jam 4.45pg aku sampai ke kaki puncak dan menyorok dibelakang batu. Angin bertiup kencang dan persekitaran sangat sejuk. Aku berpelukan dengan mat blek. Sejuk sangat.

Dalam jam 5.25pg aku naik ke puncak. Alhamdulillah cita-cita aku untuk berada dipuncak tertinggi di asia tenggara tercapai. Aku berjaya dengan misi aku untuk bergambar dengan poster piramid makanan malaysia di puncak kinabalu.

Perjalanan balik ke asrama dipenuhi dengan sessi tangkap gambar hehe...

Sampai ke asrama, kemas2 barang terus turun ke laban rata resthouse untuk makan sarapan pagi.

Jam 10.30am aku memulakan perjalanan turun dan sampai ke timpohon gate pada jam 2.17pm.

Perjalanan naik dan perjalanan turun tidak sama. Bahkan aku rasa turun lagi susah dari naik. Haha.

Sampai sahaja di timpohon gate aku dibawa ke restoren utnuk makan temgahari.

Akhirnya sijil diterima, hati menjadi puas. Syukur alhamdulillah.

Kekuatan Mental mestilah kuat. Kalau kuat fizikal tapi mental lemah pon x guna sbb ianya memang menguji kekuatan mental dan fizikal. Sentiasa positif. Aku hampir sahaja kalah di KM5 dan KM8. Alhamdulillah aku dapat atasinya bila mengenangkan betapa susah payahnya aku mendaki hingga ke saat itu dan dari tiu aku meneruskan perjalanan hingga ke puncak.

Kelengkapan:
Kasut outdoor (paling penting)
Sweater
Seluar
Lampu kepala
Snow cap
Windbreaker
Stokin tebal
Ponco
Botol air (topup air dipondok)
Makanan tenaga (power gel/snickers)
Ubat2an
Duit

Sunday, December 2, 2012

Habis jahanam rotor aku...!!!!

Naik turun kimanis memang menguji kebolehan pemandu-pemandu kereta transmisi auto sebab nak pakai low gear pon meter RPM naik laju angkara jalan yang sangat cerun.

Maka dengan itu kebolehan brek adalah diutamakan. Last time aku punya brekpad hangkang...g tukar emergency di bengkel di area papar...x sampai sebulan pakai terus merosakkan rotor aku...silakakkkk....

G bengkel easy auto care sini dia memulakan sessi baik pulih dengan mengetam rotor aku itu. Macam tahu2 ja last time balik kampung aku g beli brakepad bendix. Sekali tukar terus.

Ketam rotor: rm80, brake pad: 110, upah rm30.

Pomen bilang brake ferodo bagus lagi dari bendix. Nanti la sa cuba ahh. Diharapkan bendix tidak menghampakan saya hehe.
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL