carian @ nandotcom

Monday, December 17, 2012

Misi Piramid Makanan Menuju Ke Puncak Kinabalu - Low's Peak (4095.2m) 13-14 November 2012


Gunung Kinabalu bebehhhhh
Alhamdulillah dapat juga ku menjejakkan kaki ke Low's Peak, Gunung Kinabalu pada subuh 14 Dis 2012. Syukur pada Allah diberikan peluang untuk menyaksikan keindahan ciptaan yang tiada tolok bandingannya. Syukur juga kerana cuaca yang mengizinkan, tiada kabus, hanya angin sejuk meniup yang membolehkan aku mengabadikan lukisan indah di dalam kamera aku dan kawan-kawan.

Kami seramai 14 orang bertolak dari indah court likas dalam jam 6pagi terus menuju ke kinabalu park dan urusan pendaftaran, penerimaan nametag dan juga sarapan disediakan kepada kami semua oleh pihak sanctuary lodge dan taman sabah.

Jam 9.20pagi kami mulakan perjalanan melalui pintu timpohon. Laluan bertangga memang menguji kekuatan fizikal dan mental.

Terdapat 7 pondok sepanjang perjalanan ke Laban Rata sejauh 6km. Setiap pondok ada disediakan tandas dan air yang tidak di rawat. Air gunung aku rasa. Aku belasah je minum. Haus. Asalkan tahap hidrasi aku sentiasa ok.

Aku telah belajar dari kesilapan dimana jangan sesekali berhenti terlalu lama untuk berehat kerana akan menyebabkan otot kembali sejuk. Momentum pon dah lari. Susah nak dapat pace sepertimana dari timpohon gate ke pondok berdekatan dengan km4.
Dari pondok km4 ke km6 otot peha aku rasa tegang dan kejang. Aku bleh tgk otot peha aku 'twitching'. Memang rasa sangat azab. Sakit betul. Aku mengharapkan ponstan dan krim LMS + spray bagi kurangkan rasa sakit yang amat sangat itu.

Tepat jam 1.58 petang aku sampai ke Laban Rata Resthouse. Syukur alhamdulillah. Berjaya aku smpe sini. Di sini makanan dihidangakan secara buffet 3 kali makan (supper+breakfast+dinner). Tempat penginapan aku di Genting Langadan dan memerlukan aku naik tangga lebih kurang 100m. Jadi aku ambil keputusan untuk tunggu di tempat makan sehingga jam 4.30 dimana makanan mula dihidangkan. Selepas makan aku pon naik ke dorm dan terkejut tengok termometer menunjukkan 7oC.

Biasanya pendaki tak mandi sebab sejuk sangat katamya. Tapi aku degil. Aku mandi juga hahaha. Amekkk...rasa mcm tulang kena gigit2 haha...tu belum lagi nak cebok buang air besar n kecil hahaha...=) apa2pon ianya satu pengalaman.

Jam 7mlm aku dah siap2 nak tidur. Pakai baju sweater, tracksuit, stokin 2 lapis, selimut nak bagi panasla konon. Padahalllll...sejuk jugakkk....aku terjaga jam 10mlm sebab leher rasa sakit. Tersalah tidur. Huhu...maka berjagalah aku smpe jam 2pagi dimana kami semua bersedia untuk meneruskan pendakian ke puncak. Dari dorm ke puncak jaraknya 2.7km tp aku rasa mcm 10km je. Jauhhh...haha. Dari dorm ke pintu sayat-sayat aku kena naik tangga yang tidak terkira banyaknya dan mendaki gunung dengan bantuan tali. Abg Guide seringkali menegaskan supaya sentiasa pegang tali kuat2 semasa mendaki. Masa nak turun baru aku faham. Kalaulah aku terlepas tali tu. Arwah aku rasa hahaha. punya dalam 'gaung' dia huhu...

Kira-kira sebelum jam 4.45pg aku sampai ke kaki puncak dan menyorok dibelakang batu. Angin bertiup kencang dan persekitaran sangat sejuk. Aku berpelukan dengan mat blek. Sejuk sangat.

Dalam jam 5.25pg aku naik ke puncak. Alhamdulillah cita-cita aku untuk berada dipuncak tertinggi di asia tenggara tercapai. Aku berjaya dengan misi aku untuk bergambar dengan poster piramid makanan malaysia di puncak kinabalu.

Perjalanan balik ke asrama dipenuhi dengan sessi tangkap gambar hehe...

Sampai ke asrama, kemas2 barang terus turun ke laban rata resthouse untuk makan sarapan pagi.

Jam 10.30am aku memulakan perjalanan turun dan sampai ke timpohon gate pada jam 2.17pm.

Perjalanan naik dan perjalanan turun tidak sama. Bahkan aku rasa turun lagi susah dari naik. Haha.

Sampai sahaja di timpohon gate aku dibawa ke restoren utnuk makan temgahari.

Akhirnya sijil diterima, hati menjadi puas. Syukur alhamdulillah.

Kekuatan Mental mestilah kuat. Kalau kuat fizikal tapi mental lemah pon x guna sbb ianya memang menguji kekuatan mental dan fizikal. Sentiasa positif. Aku hampir sahaja kalah di KM5 dan KM8. Alhamdulillah aku dapat atasinya bila mengenangkan betapa susah payahnya aku mendaki hingga ke saat itu dan dari tiu aku meneruskan perjalanan hingga ke puncak.

Kelengkapan:
Kasut outdoor (paling penting)
Sweater
Seluar
Lampu kepala
Snow cap
Windbreaker
Stokin tebal
Ponco
Botol air (topup air dipondok)
Makanan tenaga (power gel/snickers)
Ubat2an
Duit

2 comments:

Emmy said...

Dengan perut yang macam tu, tak pengsan ye sampai kat atas tu =p

MN A said...

Puncaknya suda...dasarnya bila

 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL