carian @ nandotcom

Tuesday, November 26, 2013

Sento Hotel, Keningau


Tel no: 013-880 8063

Room rate:


1 king bed room:









Cafe:



Thursday, November 21, 2013

Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Kemahiran Komunikasi

Mendengar
Memberi galakkan
Meminta penjelasan
Menyemak persepsi
Memimpin
Memfokus
Penstrukturan
Refleksi
Memberitahu
Konfrantasi
Merumus


Dr Norhayati Nordin
Psikaitris
Hospital Bukit Padang

Friday, November 8, 2013

passive income @ pendapatan sampingan melalui 8share

Anda ada facebook...??
Anda main twitter..??

Alang-alang main boleh jana passive income, pendapatan sampingan

Konsep dia share apa yang kita hendak share dalam fb/twitter

Sekali 'friends' klik iklan tersebut dapat 20sen sehingga maksima duit yabg diperuntukkan untuk anda

Anda boleh sign up kat 



Anda boleh cash out apabila jumlah pendapatan anda melebihi rm50 sahaja

Jika anda sign up daripada link yang saya bagi (saya sebagai referer)., Saya akan berikan anda 50% daripada ganjaran referrer tersebut. Ini kita punya deal la kannn hihi.

Semoga berjaya.

Ingat ya, share mana yang perlu sahaja sebab kawan-kawan kita kadang2 x suka kita share2 ni hihiiiii

Friday, October 25, 2013

Queen Hotel, Keningau

www.queenhotel.com.my

Room rate:


Thursday, October 24, 2013

Dapur Salintangi

Port baru makan kat keningau...

Makanan banyak jenis yang sup-sup

Restoren di dalam kawasan atrium apollo, bangunan sebelah kanan, bertentangan kedai aeropedo yang baru. 

Ooi tengah layan nasi lamu sampai pejam-pejam mata tu. 

Harga makanan agak mahal tapi saiz porsi agak besar so ianya berbaloi dengan harganya. 

Penat mo kasi abes makanan. 

Sedap, boleh datang hari-hari =)

Friday, October 18, 2013

Jabatan Pendaftaran Negara, Kota Kinabalu, Sabah

Hari ini sia ambil cuti sebab mo bikin/ganti kad pengenalan yang lama jadi baru di kota kinabalu. 

Pagi-pagi jalan mini putrajaya, punya susah cari parking di sana. Punya jauh sia parking, punya kasian sia punya lamak2 kental hahaha...=)


Pintu masuk jabatan pendaftaran negara, kota kinabalu. Pejabat dia ni bangunan yang menghadap jalan besar bangunan yayasan sabah - ums, tingkat bawah (G) bersebelahan dengan pejabat imigresen nak buat passport. 

Masuk2 pergi kaunter tiket/pertanyaan untuk ambil tiket nombor giliran

Dekat tiket ni ada tulis tarikh dan masa. Masa dia capat 25minit lebih kurang dari masa sebenar ikut jam berita jam 8.00 buletin utama

Punya ramai manusia mo buat urusan berkaitan pendaftaran di sini. Jadi jangan buang masa menunggu sambil main candy crush. Bagus kamuorg p jalan-jalan baca sejarah kad pengenalan di sini




Ada juga pameran ini kasi tunjuk gambar kad pengenalan pemimpin no 1 negara dari zaman tunku hingga sekarang. Tunku pakai kad pengenalan no.1 hihiii. 

Yang putih-putih tu pada kerusi merupakan background gambar kita dalam kad pengenalan. Nombor kena panggil ikut kaunter, sembang-sembang, ambil gambar dengan pegawai di kaunter dan bayar RM10 untuk diberi resit. Sepatutnya kena tunggu 1 jam baru siap tapi disebabkan hari jumaat, ambil jam 2 petang. 


Tempat menunggu menyebabkan sia terdengar ada ongkol cakap "bikin ic pon kena bayar, patut free ja bah, rakyat malaysia baini". Hahaa...betul juga kannnn...bagus charge pada yang hilang-hilang ni sahaja. Kalau nk tukar-tukar patut percuma ja. Janji kasi tunjuk kad pengenalan yg lama. 



Mesti ingat ya, masuk ja umur kamuorg 18 tahun dan bawah 25 tahun mesti pigi buat kad pengenalan yang baru. Kalau tidak kena denda nanti. Maksima rm220. Bagus kamuorg buat bayar makan di pizza ja kan. Hihiii

Amanah Cekap dan Mesra Amalan Kita

Sunday, October 6, 2013

Universal Studios Singapore - 28 Ogos 2013

THIS IS YOUR TICKET - yeahhhhhh.....akhirnya hajat untuk ke Universal Studios Singapore (USS) dapat dipenuhi dengan izinNYA. Plan ini muncul dengan tiba-tiba apabila aku bgtau kat cik pah nak g LegoLand kat nusajaya tu...bila fikir-fikir balik, timbang tara harga tiket masuk Legoland tu...baik aku lajak g USS ja kannn hihiihiii....=)

Aku melantik diri aku sendiri untuk membeli tiket g USS ni guna promosi bagi pemegang kad kredit maybank yang mana tiket masuk untuk 2 orang hanya SGD123 yang mana harga sebenar ialah SGD74 seorang. So kami semua jimat SGD12.50 lebih kurang RM32.50 pada waktu itu. Aku beli untuk 8 orang so total penjimatan ialah sebanyak RM260. Bijak berbelanja sket.




Kami (aku, cik pah dan adiknya serta asrina dan suaminya) bertolak awal pagi dari alor gajah ke tune hotel danga bay sebab ambil bas dari situ utk masuk singapore dan gerak ke USS. Masa on the way tu kat RnR mana entah, kawan cik pah dah tunggu kiteorg then dia lead gerak ke jdt. Punya laju ford fiesta ni. aku tengok speedometer 140-160km/h kot tapi dia maintain kat depan kereta yang kami naik yang cik pah pandu. Berenti kat satu RnR nak solat subuh, keluar seorang wanita bertudung baju belang-belang merah putih. OK...!!! aku tergamam haha......dengar gaya dia cakap kombo aku terkejut haha...jamgan main-main aaaa....lembut-lembut pon rempit juga tuhhh hahha....cik pah toksah cita la kannn haha..=)

Kami tiba agak lewat sedikit kat tune hotel danga bay. tapi aku rasa tak lewat pon, kecoh ja org bas tu. punya lama bas berenti kat RnR masa on the way tu...macam driver tu p breakfast aku rasa. Lama sgt haha.

Dalam perjalanan menuju ke Singapore tu aku nampak la LegoLand. Nampak kosong je tempat tu dari jauh. Kompem panas sebab kekurangan pokok haha.



Limpas ja jambatan terus masuk Imigresen Singapore dan beratur la kami untuk mengecop visit pass pada passport masing-masing. Ini merupakan kali ke-2 aku masuk Singapore. Masa aku pergi dulu belum ada lagi USS ni.

Gambar sebuah sekolah di Singapura

Sampai ja di stesen bas USS kami pon terus menuju ke eskelator naik ke atas terus nampak globe berputar yang menjadi mercu tanda USS haha...kalau tak bergambar kat sini tak lengkap la kan. Mesti ada gambar untuk diabadikan.


Dah ready tiket masing-masing kami pon beratur masuk ke dalam park. Aku p setel dulu verify tiket kat cust service dia kat dalam then dapat 4 tiket botol air percuma poo kung fu panda haha...=)

Masuk je situ aku dah excited haha....best. cik pah lead kami semua. Bergambar memang wajib la kan. Kami g Madagascar - naik ride dia. barula i like to move it move it la kan hihihihi.....pastu g istana Shrek so Far Far Away. then beratur p tengok wayang shrek. siap gerak-gerak kerusi dia. paling aku tak boleh belah kena sembur air kat muka sebab shrek or kuda tu ke bersin. kuajaqqqqqqqqq haha. Lepas tu beratur tempat lain main roller coaster. Kuat gila cik pah jerit hahaaaa....best...!!!!! Lepas tu kami semua p makan kat area situ. dia jual ala-ala McD. Jual burger dan ayam. bagus kat situ sebab boleh cuci tangan dan dekat ngan tandas yang ada paip. penting ba tu kalau nak kencing or ber. Tandas lain mcm xdak hos ja.

Jumpa kucing pussy in the boot. Nakal kucing ni. tarik tangan asrina soh peluk dia dari belakang hahahhaa...lucu2.


Saat yag di tunggu-tunggu telah tiba, masuk transformers the ride. perghhhh....best sangat...!!! dia punya ride sebiji rasa jadi autobots haha...seriau aku bila jatuh bangunan. mujur bumblebee selamatkan aku n da gang kannn haha...=) akan aku pastikan kunjungan keduan nanti aku nak masuk sini 2 @  3 kali hahaha...

Roller coaster dalam the mummy ride pon best gak..boleh gugur jantung beb...haha.

Masuk Lost World Jurassic Park pon layan gak. lagi-lagi yang last part...dia angkatnya benda terapung yang kami naik pastu dilepaskan ke bawah gelongsor masuk dalam air. kompem la basah so kena pakai ponco. Beli siap-siap ponco. mahal beb ponco USS. sebab ada logo dia kot hahha....pastu aku p naik roller coaster kat situ. jenuh gak la beratur. best woooo & againnnnn...!!!! sekali lagiiiiii...!!!! cik pah jerit baik punya hahaha....=)

Tapi terkilan juga la tak boleh naik galactica. under maintenance katanya. So boleh jadi modal nak datang lagi sekali la kan. hihiiiii.

Galactica yang tak boleh naik...huhuhu....kena g lagi ni kan cik pah kannnn haha...=)


Sempat bergambar ngan bidadari planet mana entah, itik sesame street, watak dalam the mummy (laki tu katang betul kan, tp pompuan tu seksi hihiii), kucing dalam kasut boot dan juga yang paling kelakar bila bergambar dengan charlie chaplin haha...=)

ensemboy ba kami dua ini haha...(dengan hasben asrina)

S.T.O.P....!!!!!!!!!!!! 
Aku suka gambar ni sebab aku yang snap...kreatif kannn....haha...=) (baju minion = asrina, baju belang merah putih = ernie da rempit, tudung pink baju merah suar jeans biru = cik pah (over tau...tanjat boboiiiiii kan gayanya tu) dan baju purple = wahidah (adik cik pah)

best ooo tgk dieorg nari2 kat sini...=)

senyumla ko cik pah....sakit gegendang aku dengar ko jerit naik roller coaster ni tau x...dahla pejam mata...x pueh hati aku, x rock langsung hahhaaa....=)

apa-apa pon aku suka gambar ni....nampak kuruskan haha...=)


'Aku' keluar dari USS jam 6 lebih  petang....kenapa 'aku'...?? sebabbbbbbb masa aku g beli botol air bumblebee. elok aku paling ja tempat dieorg tunggu aku. dieorg dah xda.....aku terpisah dari kawan2 huhuhuuh....sedeyyyyyy....pastu aku jalan sorang-sorang tunggu kat kedai cenderamata. x jumpa-jumpa juga, jam 6 aku keluar tunggu dieorg kat luar, manatau dieorg tunggu aku kat luar tapi x jumpa juga. sah dieorg kat dalam lagi. so xpela, aku lepak je sorang-sorang kat luar sampaila dieorg keluar. hahahhahaha....=)

Pastu naik bas balik johor.

sampai tune hotel danga bay, g makan kat singgah selalu. makan malam kat situ dan aku pedajaiii cik pah. hahahhaa....ada live band situ, tetiba dia tanya ada sapa2 x nak nyanyi terus aku jeritttt.....ada...!!!!! jari jemari tunjuk kat cik pah hahahahha.......terus jadi superstar malam tu kannnn hahaha....



Sebagai tanda kenangan aku g USS niiiiiiiiiiiiiii......................

yeayyyy.....aku beli botol air bumblebee...poo dapat free dengan 5 ketul keychain USS
hihihihihihiiiiiiiiii.....

tak ingat aku abes berapa SGD sbb cik pah tukarkan untuk aku dan aku ambil dan pakai hahahha...yang aku tahu, aku memang pandai shoppinggg hahhaha...ada balance seposen duit singapore je bawa balik hahahhaa...=)


Memang aku akan pergi lagi sini, ada beberapa tempat aku x masuk dan x main, galactica pon x try lagi so mmg masuk takwim tahun depan kot hahahhaa.....

Cheersssssssssssss................=)

Saturday, October 5, 2013

adidas Freefootball Top Sala Indoor Soccer Shoes - Blue Beauty



adidas Freefootball Top Sala Indoor Soccer Shoes - Blue

Get in the right state of mind before you put these shoes on or they’ll push you right off the edge! The Blue Beauty colorway of the adidas Freefootball Top Sala is that good looking. There’ll be so many admirers of your kicks that you’ll lose your head from bloatedness if you don’t get your mind right! These shoes are H.O.T. Light, beautiful, excellent on and off the court... just the real message to you from adidas!

The Top Sala is light. 235g is what it weighs... that’s very light. It’s built with a grippy rubber compound and this mix of white and infrared means it’s great as a street shoe as well as a soccer shoe! Let’s tell you about its features:

UPPER: Breathable tongue with mesh insert. Toe reinforcement for enhanced toe-kicking performance. Extreme lightweight upper construction with a synthetic/mesh mix for breathability and flexibility. Hybrid L-S: A newly developed, supersoft upper material which combines the benefits of leather and synthetic in one material.

LINING: Mesh lining for light weight and breathability.

MIDSOLE: Lightweight pre-molded EVA midsole with ADIPRENE® insert in heel for comfort and shock absorption.

OUTSOLE: Ultralight rubber outsole with new Sala bottom for superb grip on indoor surfaces.

The adidas Freefootball soccer shoes welcomed this shoe with open arms! 

=============================================================

Bought 1 hehe...=) 

Cornea Vision Optometrist, Kuala Selangor

Cornea Vision Optomerist (CVO) sebuah kedai spek @ cermin mata terletak di kuala selangor milik seorang melayu bumiputra juga merangkap kawan saya sejak matrikulasi lagi haha...=)

kalau dari sabak bernam/ sg besar/ tg karang ke arah kuala selangor. Selepas lampu isyarat yang sebelah kiri g batang berjuntai tu kena jalan terus dan masuk kiri bila nampak bangunan blok kedai.Carila kedai dia ni.

Nak buat spek bole la g kedai dia ni ya...nak check keadaan mata pon boleh sebab beliau seorang optometris bertauliah Syamzari (UKM).

Macam ada cawangan kat Meru, Klang.




Thursday, September 19, 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2013

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. 

18 September 2013 ke Perpustakaan Wilayah Keningau untuk menghadiri Majlis Penyampaian APC bagi PKK keningau, Hosp Keningau, Tenom dan Tambunan. 

Tahniah bagi semua yang hadir. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada anda semua untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan berkhidmat demi agama bangsa dan negara. 

Kami Sedia Membantu



Wednesday, August 7, 2013

Starbucks Buy 1 Free 1 Ramadhan 2013


Wehoooo...dapat juga beli frapucino dark mocha n dapat 1 free untuk owyte choco cream chip hahahaa...last tuesday for ramadhan offer rasanya ni hehe...😉



Beratur tak ingat hahaha...tapi aku antara yang beratur terawal muhahaha...bukan alang2 dieorg ni. Beli sampai 4 set (8 bekas) hahaa....aku bawa dua pon rasa kecil ja dunia padahal kopi stabak kot muhahaha. 

Apa2pon saja belanja adik aku si owyte...hehe...bagi dia seronok sket...padahal aku yg nak minum stabak for buka nanti hahaha. 

Selamat berbuka...😊

Monday, July 22, 2013

Terawikh di Masjid Negeri, Kota Kinabalu

Alhamdulillah. 

Berterawikh di masjid negeri sangat best sebab sangat selesa dan dapat bayar zakat fitrah awal-awal hahahaa. Lambat2 nanti lupa plak...haruuuu. 

  
    Cantikkan bulan...=)




Wednesday, July 17, 2013

Ceramah Kelebihan Ramadhan dan Al-Quran


17 Julai 2013
Bilik Mesyuarat Pkk Keningau




Sunday, July 14, 2013

Bazar Ramadhan di Keningau, Sabah


Oyeahhhhh....=)

Ada dua port baik punya kat keningau ni....satu kat Keningau Mall dan 1 lagi kat KD Damai.  Ermmm aku pilih keningau mall sebab banyak pilihan hehe...

Selamat berbuka puasa...=)

Musim Superbike...!!!

Ramai kawan-kawan dah beralih arah dari ex5 ke superbike haha....aku pasang angan-angan je la kann....haha...ok...misi 2018 bermula...!!!!!!! Hahahah. 



Antara yang menjadi pilihan mengikut kemampuan adalah seperti berikut ececehhhh....
Cbr250

Kawasaki Z800

Kawasaki ninja 250rr. (Macam smart je ni)



Er6-f from kawasaki 


Harap-harap masuk 2018 aku dapat la menggunakan tagline 'saya yang menunggang' hahahaa. 

Selamat berpuasa....

 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL