carian @ nandotcom

Wednesday, January 16, 2013

PANDUAN KEPADA PEMBELI RUMAH


Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah

Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:

Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan berkuatkuasa.

Kenal Pasti Jenis Rumah

Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) ialah 24 bulan seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided Building) ialah 36 bulan seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma dari pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk lesen, permit dan sebagainya. 

Hakmilik Tanah 

Hakmilik perseorangan, perkongsian, syarikat

Hakmilik Strata

Status Tanah

Hakmilik Kekal selamanya

Pajakan 99 tahun

Rezab Melayu

Dapatkan Maklumat dari Pemaju Perumahan

Brosur projek perumahan secara percuma

Teliti spesifikasi bahan pembinaan

Contoh Surat Perjanjian Jual dan Beli

Luas bangunan

Kedudukan rumah dibina

Tarikh di jangka siap

Keadaan tapak berbukit, bekas lombong, paya

Rujukan No. Kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah

Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Bayaran Pertama

Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.

Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.

Perakuan Arkitek

Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan

Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli

Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli.

Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan

Pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam dan potongan rumput di rezab jalan mulai dari tarikh pemilikan kosong bagi tanah dan bangunan (landed property) dan bagi bangunan yang dipercahbahagi sehingga milik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan (MC) ditubuhkan.

Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain

Mulai dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan caj-caj lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi)

Permohonan Perakuan Layak Menduduki Bangunan

Semasa penyerahan pemilikan kosong dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO) daripada Pihak Berkuasa (Borang E dalam UBBL).

Menduduki Rumah

Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO) dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.

Ubahsuai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO dan kelulusan pelan dari Pihak Berkuasa berkenaan.

Bayaran Gantirugi

Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang tepat (iaitu 24 bulan dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli atau 36 bulan bagi bangunan yang dipecahbahagi) pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tuntutan Gantirugi dan Had Masa

Pembeli boleh menuntut bayaran gantirugi daripada pemaju sebelum tamatnya tempoh 6 tahun dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (serah kunci / V.P) yang disebut dalam perjanjian Jual dan Beli selaras dengan Akta Had Masa 1953.

Tempoh Liabiliti Kecacatan

Mulai 1 Ogos 1996 tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi

Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata yang berasingan bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli. Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan

Anda boleh menghubungi :

Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa

kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Blok K, Paras 4, Pusat Bandar Damansara

50782 KUALA LUMPUR

No.Tel : 03 - 2547033

No.Fax : 03 - 2525049

Ataupun e-mel Pegawai Penguatkuasa kami di enforcement@kpkt.gov.my dan berikan maklumat yang lengkap seperti Nama Penuh, No. K/P, Nama Pemaju, Nama Taman Perumahan dan sebagainya.

Bahagian ini adalah satu Bahagian di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dipertanggungjawabkan menjalankan pengawasan dan penguatkuasaan ke atas Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Akta 118).

Thursday, January 3, 2013

Hobi Lama Yang Dah Lama Ditinggalkan

Lama sudah aku meninggalkan minat aku terhadap kotak yg bernama CPU hehe. Master n slave. Jenuh aku mikio kannya...mcm mana nak pasang n tambah harddisc...akhirnya dapat juga aku pasang kat CPU tersebut muhaha...=)

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Pemandangan indah sunset di tanjung aru, kota kinabalu, sabah
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL