carian @ nandotcom

Friday, June 28, 2013

Road to Mabul Island, Semporna (1-3 Jun 2013)

Alhamdulillah sampai juga hajat ingin ke Semporna dengan memandu sendiri. Ya, dengan brader aku tu la...my mr. silver coated yg gagah perkasa lagi ensem hehe...=)

Alhamdulillah rezeki yang dikurniakan Allah kepada aku dengan medium perantaraan abg jeff dari scubajeff.com dengan pakej penuh 3 hari 2 malam di Scubajeff, Pulau Mabul dengan berharga RM2.95. Ya, mungkin hadiah hari jadiku yang ke 30 ini ...=)

Sebenarnya aku pulang ke semenanjung pada 24 Mei dan merancang untuk pulang ke KK pada 3 Jun. hehehe....nasib pakai waran tambang percumakan, terus aku tukar tiket balik awal 30 mei.

Pagi 31 Mei 2013 menjadi tanggal bersejarah apabila 4 tayar bersport rim bergerak menuju ke destinasi pilihan. Perjalanan dimulakan jam 9pagi. Biasalah janji melayu....jam 7 konon...pirahhhh hahahaha....=)

Bergerak dari penampang aku terus menginjak minyak menuju ke arah Tuaran dan berhenti di Puterajaya untuk sarapan pagi la sangat...padahal dah pukul berapa dah.  Owh ya, aku ke semporna bersama alif dan abu. 

Kembali memandu dan terus memandu ke bulatan area Hospital Tuaran dan mengambil lorong pukul 3 dan menuju ke Tamparuli dan terus mendaki ke Kundasang dan berhenti untuk mengisi petrol di Ranau. Keluar sahaja dari stesen minyak esso di Ranau (Shell dan Petronas kena beratur panjang) aku terus memandu ke arah Luanti dan berhenti untuk makan tengahari di Telupid. Di Telupid jumpa ramai geng-geng masa makan di Puterajaya. Arah kita sama rupanya hehe....

Selepas makan, aku mara ke depan menuju Checkpoint, Sandakan dan berhenti di Petronas untuk mengisi petrol dan menunaikan fardhu solat zuhur dan asar secara jamak. Ya, aku suka Petronas kalau (dengan izin) travel sebab kemudahan kedai serbaguna dan juga bilik solat yang selesa selain dari perniagaan utamanya iaitu petrol oleh petroliam malaysia.

Usai isi petrol aku meneruskan perjalanan ke Kinabatangan dan seterusnya sampai ke Lahad Datu. Sesampai je Lahad Datu aku stuck sekejap sebab tiada signboard ke arah tawau/semporna atau kunak. Perkhidmatan GPS henpon aku digunakan dan alhamdulillah jalan yang ku pilih betul hehe...Lagipon sampai Lahad Datu dah senja nak masuk malam, gelap...x nampak signboard dengan clear hehe....

Sampai sahaja di daerah Kunak, berlaku kemalangan antara Navarra dan Myvi...hancur remuk Myvi tu...harap-harap orangnya selamat dengan kehendakNYA. Jem juga dalam 15 minit ada kot. Dan di simpang 3 yang mana ke kiri ke semporna dan kanan ke Tawau menjadi pendorong untuk aku memecut laju tak laju manala ke Semporna hehe....Sampai sahaja Semporna kami makan malam di Restoren Hidayah Cafe dan aku order Nasi Goreng Hidayah....hahaha....rasa macam ayam penyet versi takda ayam hehe...=D


Kami bertiga bermalam di Borneo Global Backpackers berhampiran Seafest Hotel. RM25 kot semalam per pax. Lupa suda sebab alif yang bayar dan aku bayar kemudian tolak duit minyak hehe....

Bangun pagi, mandi, sarapan ala-ala backpackers...kami siap-siap dan pergi ke pekan Semporna mencari Pejabat Seahorse sebab alif dan abu ambil pakej dari company ini. Dan kemudian aku terus mencari pejabat   Scubajeff yang mana berhadapan dengan GIANT dan urusan pendaftaran dan pengesahan dilakukan oleh Jing hehe...=) Ya semasa di pejabat ini juga aku berkenalan dengan dua orang sumandak yang seterusnya menjadi geng aku di Pulau Mabul dengan tema perkenalan dinamakan Salam RM50 hehe...=). Selesai semuanya aku cari paking yang sesuai dan menapak menuju ke Jeti Awam untuk menanti boat ke mabul bersama 2 orang sumandak yang bernama miss kappa dan miss ratna walaupon mengikut protokolitinya kena panggil PUAN hhahaha....=D

Kejernihan air di Pulau Mabul memang aku rindui sejak hari pertama aku meninggalkan pulau ini tahun lepas. Air yang jernih berwana turqoise memang tenang walau ombak datang dibawa angin.




Hari pertama di pulau mabul cukup ringkas. sampai sahaja di Scubajeff aku hanya duduk rehat menikmati keindahan alam yang tidak ku sangka akan ku cerap sekali lagi. Alhamdulillah. Makan tengahari dinikmati dengan pantas kerana tidak menahan kehendak diri hendak terjun ke laut dalam pulau mabul. Sessi snorkeling yang pertama di Lobster Wall memang menarik. Penyu di dasar laut kelihatan dan ikan-ikan yang menghuni pulau mabul berenang mengikut kuak dan kehendak masing-masing. Snorkeling secara berseorangan bukanlah asing dan pelik bagi diri aku. Jiwa yang sunyi bertemankan hidupan akuatik membuatkan ku melupakan segala apa yg kusut di dalam kranium aku.


Sambil-sambil itu memerhatikan gelagat anak-anak bajau laut yang minta satu ringgit kepada setiap penghuni scubajeff.

Petang pula kami di bawa untuk jalan-jalan kampung oleh Liza dan seorang pekerja scubajeff...lupa suda nama dia...owh ya, sebab aku pernah datang ke sini kami pon berpecah dari kumpulan yang besar yang mana aku, miss kappa dan ratna pergi ke Sipadan Water Village. Macam biasa sesi tangkap gambar sambil layan aiskrim hahaha...thanks miss kappa. Selepas itu kami berempat jalan-jalan di SMART dan layan sunset hehe...=) Pulang ke Scubajeff aku pon siap-siapkan diri. aku sangat suka di scubajeff sebab ada surau. memudahkan aku solat di mabul. Makan malam adalah BBQ. layan juga kan dah lama x BBQ tp aku tukang tengok n telan asap je la hehe...=)


Layan crew scubajeff main gitar adalah aktivit malam yang sangat best. macam semua lagu dieorg main sedap dan dieorg nyanyi pon mcm pro je...masuk AF kompem laku ni beb hehe...=)

kemudian aku melepak kat deck dengan miss kappa n ratna dan juga zam. adik abg jeff. sembang macam-macam. seronok aku. dalam menanti detik 12 malam wassap n sms ucapan birthday aku yang ke 30 membuatkan aku menadah tangan mensyukuri nikmat yang Allah memberikan aku ruang hidup dalam dunia milikNYA ini....dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku nampak shooting star. ingatkan panjang macam kartun tu...rupanya pendek je...sekelip mata hehe....zam dok cakap pasai milky way tp aku x faham hahahaha.......then sleepppp (malam tu ribut sangat kuat)

Day 2- Bangun subuh aku dok lepak kat 'lobi' layan angin sejuk dan tunggu breakfast siap hehehe....

Destinasi snorkeling ke-2 di Paradise berhampiran borneo diver. Tapi sebab aku pernah snorkeling kat sini selamber je aku pergi paradise depan borneo diver hehe....baru layan nampak ikan-ikan besar dan cantik tapi tiada ninja turtle. Last time di sini la aku tengok penyu yang sangat besar di hadapan aku...gila takut masa tu hahhhaa....

Balik ke scubajeff aktiviti menghitamkan muka dan badan disambung kembali hehe. Sundeck Scubajeff  jadi saksi aktiviti terjun menerjun dilakukan...aku sudah semestinya pakai life jacket, tak pandai berenang kan hahhaa...thanks S3 miss kappa mengabadikan gambar terjun aku yang superb ala-ala jeffery ong nak start racing hehe....


Sidang petang dimulakan dengan kerja gila heheheh....dah lama x buat kerja gila macam ni..nasibla miss kappa dan ratna boleh masuk ngan perangai x senonoh aku ni hahahha..........aktiviti meloncat dan menanam supergal kappa menjadi agenda utama hahahhaha


Datang orang dengan perahu masing-masing menjual hasil laut yang diperolehi kat deck scubajeff. aku, miss kappa dan ratna beli ketam dan udang kapit @ udang selipar dan ikan. RM70. Dinner kami makan makanan kami tu...punya banyak sampai tak abes makan hahha...sharing-sharing dengan staf dan geng-geng lain


Dalam pada masa aku, miss kappa dan ratna sedang layan makan udang ketam dan ikan kami. tetiba lampu blackout. adoiiiiiiiiii...................................nasib ada bulan. terang juga la sikit-sikit.....TIBA-TIBAAAAAAAAAAAAAAAAA kedengaran lagu Happy Birthday.....okay, bukan aku kot.........ya ALLAH..............aku rupanyaaaaaaaaaaaaaaa hahhahahahhhahaa.....Thanks crew Scubajeff....Allah sahaja yang dapat membalas budi baik dan kejujuran yang kamuorg berikan kepada guest seperti aku ini. aku terharu......tangisan dalam kegembiraan di dalam hati.birthday aku dikelilingi oleh orang-orang yang osem membuatkan anda semua adalah yang terbaik selamanya. sesi gambar-gambar kenangan diaktifkan. Ermmm x sesuai kot nak upload gambar di meja makan aku tu hehe....=) biar ianya sentiasa ada dalam kotak memori kekal aku.Owh ya, kek tu sangat kreatif dan aku suka....thanks guys....=)


Day 3 hanya berehat-rehat di deck...layan anak bajau laut hehe....miss kappa boleh plak sedekahkan bedak miyami ngan gincu kat dayang (budak bajau laut) hahhahhaha.....

trip aku kali ni ada geng pelajaran cyberjaya (ayong), miss kappa dan ratna serta aku hehe...=)

JOM REPEATTTTTTTTTTTTTTT..............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hehhehehehehehhe....=)


apa-apa hal boleh g kat http://scubajeffsipadan.com/

anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan pelancongan yang disediakan. InsyaAllah

aku ada hutang kat mabul ni....nk dive....!!!!!!!!!!!! DSD dulu bahhhh....=)


 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL