carian @ nandotcom

Thursday, January 30, 2014

Dividen ASB 2013

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. 

Dividen Bonus Tabung Haji 2013

YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan Bonus Pendeposit TH 2013 sebanyak 6.0% sebagai Bonus Tahunan dan tambahan Bonus Haji sebanyak 2.0% . Alhamdulillah

Pengiraan Bonus TH 2013:

a) BONUS TAHUNAN TH (6.0%)
Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2013)/12 bulan ) x 6.0%

b) BONUS HAJI (2.0% - Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji)

- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980)

Kiraan : Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2013) / 12 bulan) x 2.0%

- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM9,980)

Kiraan: RM9,980 x 2.0%

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-6207 1919

Sumber: fb tabung haji
 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL