carian @ nandotcom

Thursday, May 29, 2014

Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak ke-35






Daulat Tuanku

Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Monday, May 5, 2014

Anlene Bone Health Check


Last friday aku p centrepoint, kota kinabalu dan eh2...ada check tulang la hihiii. 

Apa lagi, aku pon try la kannn. Isi borang, lap2 kaki, letak kaki kat mesin dia tu dan dapat bacaan. 

Aku dapat skor 0.6. Risiko rendah katanya dalam penilaian mengenai kualiti dan kekuatan tulang. 

Lepas check, aku perlu menemui nutritionist. Tanpa senyum dan tidak cuba untuk membuat repo aku telah diberi beberapa nasihat berkenaan kesihatan tulang. Acuh tak acuh. Hanya membaca dan membulat2kan tips pada borang. Mungkin nak cepat abes ataupon dah penat. 

Sorry ye dik, abang dulu kerja macam adik juga. Jadi nutrition advisor untuk nestle. Bagi-bagi nasihat. Penat macam mana pon kita kena senyum. Walau berapa juta kali pon adik ulang nasihat pemakanan yang sama, adik kena ikhlas dalam menyampaikannya. Faham juga. Dah nak dekat maghrib kannn...maybe belum makan kannn. 

Kalau adik ada nutrition background semoga kita berjumpa lagi sebagai Pegawai Sains Pemakanan yeaaa.. =)

Paling best bila ditanya minum susu ke x..?? Laju ja mulut aku cakap TAK. sebab x boleh cium bau susu. Dia suggest ambil perisa coklat. Aku cakap, x boleh juga sebab tak tahan baunya dan sakit perut. Dia cadangakn aku minum milo. Lalallalalaa. Kayala nestle hihiiiii. Adik, abang minum susu HL low lactose. Hihiii. 

Selepas terima nasihat, aku minum susu anlene tersebut depan adik tadi hahaha. Ok juga. Takda pula aku sakit perut. 

Pastu main game xbox bowling. Teringat aku xbox aku yang dah jahanam tu uwaaaa =(

Dear adik anlene, Selamat maju jaya.


Sunday, May 4, 2014

BerFacial bersama rizuan di Helen Beauty


Plan asal nak g layan Spiderman. Sekali beralih arah pulak. 

Aku ngn rizuan p buat facial kat Herbaline Centrepoint. Sekali tak boleh pula sebab ramai customer dia yang dah booking. Fully booked. 



Pastu disebabkan nak juga berfacial kannn...aku ngan rizuan menapak ke Helen Beauty. Amik pakej facial rm70. Rizuan p tambah lagi Oksigen treatment jadi pakej dia rm110 muhahahaha. 



Untuk satu jam aku berfacial sebelah rizuan dengan beautician masing-masing. Ok, aku tak tahu beautician mana yang bagi servis sebab lepas aku baring2 aku tutup mata. Aku sleep hahaha. Terjaga masa dia picit-picit hidung. Sampai mengalir air mata aku hahaha. Lepas selesai aku p layan tidur lagi sampai aku rasa nak bangun hahaha. 


Thanks rizuan belanja aku. Aku nak g sendiri memang minta maap la kannnn hahahaa. 

Selamat pulang ke kapit bro. Esok kalau senpat aku p anto ko kat airport. 


Friday, May 2, 2014

Nyonya House, Kota Kinabalu


Sesi lunch bersama Imam Muda Rizuan Ajik Amboragang haha...





Bolehla. Sedap juga tomyamnya. Pedas tidak seperti yang lain. 



 

nandotcom | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL